Thursday 18 October 2012

Cerita Mafla EA

Assalamualaikum w.b.t.



Maafkan kami..

Kenyataan ini dikeluarkan bagi memberi pencerahan status terkini mafla E.A. Sebelum itu saya terangkan di sini saya terpanggil dan amatlah wajar daripada saya selaku yang sudah berusia di kalangan rakan,mewakili individu yg ditugaskan dalam proses pembuatan mafla,memberikan hitam putih hal tentang kelambatan mafla siap. Pada awalnya direncanakan pembuatan mafla dibuat di negara china. Namun begitu setelah selesai proses draf imej dan sample yang dikeluarkan,proses akhir produk yang diterima amatlah mengecewakan. Memandangkan kami menginginkan produk yang diterima pengguna adalah nilaian yang terbaik,kami beralih kepada pembuat di poland.  Masalah komunikasi dan kurang yakin penghantaran wang pula timbul yang mana kami menjanjikan di game ATM bakal siap dan diagihkan. Wakil sukarelawan yang menawarkan diri dalam tugasan mafla juga mengalami masalah kesibukan praktikal dan pembelajaran memandangkan beliau di tahun akhir dan beliau juga berseorangan menguruskan hal mafla ini..


Namun kini, kami telah menggunakan orang tengah UM yang berpengalaman dalam pengurusan mafla UM yang baharu sebagai jalan terakhir. Kami telah menambahkan sedikit wang bagi melengkapkan syarat kuantiti minimum yang dikehendaki. Insyaallah jika tiada aral melintang,2 bulan lagi diperlukan. Harap kali ini tiada lagi masalah yang timbul. Maaf dipinta kerana hal ini terpaksa didiamkan daripada pengetahuan umum memandangkan kami optimis hal yang direncanakan mampu mencapai objektif pada masa yang ditentukan terdahulu. Namun kini,kami rasakan pengguna wajar mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.




Maafkan kami..Maafkan kami..Maafkan kami...



Sunday 14 October 2012

Halusinasi Mimpi Menjadi Realiti.

We are heading back to Darul Makmur!

Oh, terlalu lewat artikel ini untuk ditulis, namun saya harap momentum sokongan kita semua kepada pasukan kesayangan Pahang, Tok Gajah sentiasa meluap-luap dan bakal diteruskan padan tahun 2013. 2012, saya simpulkan sebagai musim "come back" Pahang. "Come back" dari segala segi...dari relegasi semusim ke liga perdana dan kembali ke liga super. Dan jumlah penyokong yang pada awalnya menjauhkan diri dari stadium kini kembali dengan sorakan padu!

Skuad "Emas" 2012


Naib juara Liga Premier 2012 (DAMN YOU ATM!), terkandas di pusingan ke-2 Piala FA dan suku akhir di Piala Malaysia (F**K YOU LIONS!), bagi saya skuad yang rata-rata di kalangan nama yang bukan bintang, pencapaian ini amatlah membanggakan. Mungkin jika dikira dan dibandingkan dengan zaman kegemilangan atau keemasan Pahang, skuad ini masih belum dapat diletakkan pada tanda aras yang sama..Hakikatnya skuad ini bermula dari ZERO (Kosongg..kosongg..) dilentur dari benih muda dan digarap serta digilap dengan percaturan yang menampakkan seperti kerja gila oleh pengurusan pada awal musim..Namun akhirnya membuahkan promosi ke Liga Super 2013..Bagaikan tidak percaya..Optimistik, kata kunci yang perlu dipegang...

Dari segi sokongan pula, Stadium Mini Temerloh adalah segala-galanya.. Penutupan buat sementara waktu stadium keramat Darul Makmur seakan memberi rahmat dari segi pemberian nafas baru sokongan kepada Pahang. Pada awalnya saya juga tertanya-tanya, apakah Stadium Temerloh ini akan benar-benar memberikan impak atau sekadar peralihan buat sementara sahaja.. Ternyata segalanya meleset sama sekali.. Tanggapan jelik dan persimistik saya ini dibayar kembali dengan kuantiti ketumbukan Elephant Army yang lebih jitu,kental dan gah di teres tradisional Temerloh 90 minit tanpa K.O..



Signifikan Stadium Temerloh adalah ianya betul-betul berada di tengah-tengah negeri Pahang.. Topograpfi di tebing sungai Pahang, dikelilingi bukit dan mudah dijangkaui oleh orang Pahang dari Lipis, Jerantut, Bera, Muadzam Shah, Jengka, Bentong dan banyak lagi daerah-daerah yang mengelilingi negeri Tok Gajah (maaf jika terlupa disebut). Syabas buat semua.."Full House" setiap perlawanan Home merupakan pencapaian yang mungkin setaraf dengan sesetengah negeri yang lain dan mungkin lebih..

Perlawanan di tempat lawan juga tidak kurang hebatnya..Ramai anak Pahang yang berhijrah mencari rezeki di negeri orang turut bersama di stadium dan tidak kurang juga mereka yang menetap di Pahang sanggup menjelajah ke setiap venue perlawanan "away"..Perghhh..TEGAR! Anda bukanlah calang-calang penyokong  Tok Gajah yang sanggup mengharungi bersama pasukan di kala berada di bawah dan di atas..

Penyokong di teres-teres bukit..boleh katakan teres yang rare dan tiada seumpanya di Malaysia..hahaha!

Ketumbukan padu EA di Temerloh..di sini ianya bermula..

Pyro show and "rocket shower"

Akhir kata, diharapkan budaya sokongan ini semakin menyubur di kalangan penyokong Pahang dan khasnya Elephant Army..Semakin kuantiti dan berkualiti..Terima Kasih Pahang 2012..kepada player-player yang akan berhijrah,selamat maju jaya dan terima kasih diatas kebangkitan yang diberi..ada rezeki mungkin anda bertuah bersama Tok Gajah kembali..



LIGA SUPER 2013 KAMI DATANG!!

KALAH DAN MENANG PANTANG DIAM!!
HITAM DAN PUTIH TAKKAN PADAM!!