Jiwa ULTRAS

Artikel dalam bahagian ini diambil dari laman sesawang sumber kegilaan ini semua, Ultras Malaya kerana merekalah yang selayaknya untuk berbicara soal jiwa seorang ultra.

1. Apakah itu Ultras
2. Curva
3. Corteo
4. Tifo
5. Capo
6. Flares dan bom asap
7. Bagaimana mengenal ultras
8. 4 teras ultras
9. Perbezaan ultras dan hooligans.
10. Kesimpulan


1.Apakah itu ULTRAS
ULTRAS mengikut penafsiran Wikipedia adalah sejenis kumpulan yang dikenali dengan sokongan padu yang fanatik dan persembahan yang dipertunjukkan oleh mereka. Secara keseluruhannya, ultras di seluruh dunia dikenali dengan penggunaan suar (flares), terutamanya dalam koreofrafi tifo, sokongan dari segi sorakan dalam kumpulan besar dan banner yang dipasang di stadium.


Tindakan sesuatu kumpulan ultras di luar Negara adalah boleh menjadi extreme dan kadang kala dipengaruhi oleh sesuatu ideology politik atau perkauman, tetapi kebanyakannya ia adalah satu fenomena ultras, keghairahan dan kesetiaan dalam menyokong sesuatu pasukan.

Menurut Freddie Marciano dalam artikel yang ditulis di laman sesawang (www.ultrasmalaya.net), penulis menerangkan dengan lebih lanjut mengenai ultras. Dalam tulisannya, perkataan ‘ultras’ wujud dari perkataan ‘oltre’ yang bermaksud ‘beyond’ atau melampaui batasan. Beliau menekankan untuk menjadi ultras seseorang itu harus maju setapak lebih dari orang lain.

2. Curva
Curva dan ultras adalah signifikan. Curva dalam bahasa itali atau ‘curve’ dengan kata lainnya adalah lengkongan di dalam stadium. Seseorang ultras hendaklah menumpukan taat setianya pada curva. Seperti mana A.S Roma di Stadium Olimpico memilih Curva Sud dan Milan di Curva Nord, Stadium San Siro. Ultras memilih untuk setia dengan curva adalah berdasarkan beberapa faktor antaranya adalah dari segi sejarah yang dikhabarkan bahawa curva adalah tempat yang diberi kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli tiket bagi tempat duduk yang mahal dalam stadium, kebiasaanya diletakkan di belakang gol. Zaman berganti zaman, curva menjadi lokasi wajib bagi setiap ultras menjadikannya sebagai markas mereka bersorak dan berdiri 90 minit. Kebiasaanya, di curva lah aksi-aksi menarik di pertontonkan sebagai tanda sokongan misalnya dalam pembakaran suar, pertunjukkan tifo dan paparan koreografi.



3. Corteo
Perarakan ultras beramai-ramai dengan bendera, banner dan chants dikenali sebagai corteo. Sambil berarak, ultras akan menyanyikan pelbagai lagu semangat mengiringi corteo mereka. Lazimnya corteo dimulakan sekumpulan kecil dan diikuti orang ramai menjadi perarakan besar. Corteo adalah penting dalam menunjukkan kegerunan kepada pihak lawan. Ia dapat menjadi senjata yang boleh melemahkan semangat pihak lawan disaat menyaksikan segerombolan tentera yang mereka perlu hadapi.

4. Tifo
Tifo berasal dari perkataan itali, merupakan salah satu elemen penting dalam ultras. Ia adalah satu paparan koreografi yang membentuk imej dan tulisan. Tifo dilakukan dalam skala yang ramai dan disiplin yang mantap diperlukan dalam membentuk koreografi paparan tersebut. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti plastik, kertas yang membentuk paparan, bendera dan banner yang besar, paper rolls dan sebagainya bergantung kepada kreativiti penyokong.



5. Capo
Ketua yang memimpin sesuatu krew atau tentera digelar Capo yang berasal dari perkataan itali. Disiplin seseorang ultras turut mewajibkan crew ultras untuk mengikut setiap arahan yang diberikan oleh capo. Ini bagi memastikan keseragaman dan setiap choreo yang mahu dilakukan dapat dilakukan dengan jayanya. Crew adalah dilarang sama sekali berdiri di tempat capo iaitu di bahagian bawah sekali bagi mengelakkan kesesakan yang akan mengakibatkan arahan tidak sampai dengan lancarnya. Seseorang capo harus bersifat tegas kerana capo adalah dipandang tinggi dalam ultras kerana nadi kelancaran sesuatu perjalanan bergantung kepada capo.

6. Flares dan bom asap
Ultras tanpa suar (flares) adalah sesuatu yang tidak seimbang ibarat pantai yang tidak berombak. Disiplin dalam pembakaran flares adalah suatu yang seni. Ramai orang yang menyalah anggap bahawa ultras yang membakar adalah samseng bolasepak. Penulis percaya penggunaan flares dikalangan ultras adalah berdisiplin dan terkawal. Seseorang ultras bijak yang membakar flares akan memadamkan sendiri flares yang dibakar dan tidak dibaling ke padang kerana ia boleh menggangu perlawanan. Memegang flares dan membakar bom asap adalah sesuatu penghormatan dari ultras kepada pasukan di samping menimbulkan rasa gerun kepada pihak lawan. Kontroversi mengenai pembakaran flares dan bom asap haruslah diredakan memandangkan disiplin ultras dalam mengendalikan instrument tersebut adalah terkawal. 



7. Bagaimana mengenal ultras
Freddie Marciano dalam artikelnya menafsirkan bahawa seseorang ultras itu tidak boleh dilihat dengan pakaian (dress code). Lazimnya seseorang ultras dikenali dengan hooded, scard/mafla yang menutupi mukanya, dan tidak mengikuti trend berpakaian seseorang peminat bolasepak. Baju yang dipakai juga tidak mempunyai logo kelab. Hanya kawan baik akan mengenal seseorang ultras dan Ultras itu bukan satu trend tetapi jiwa, fenomena dan budaya. 

8. 4 teras dalam Ultras
1) Tidak berhenti menyanyi atau chanting semasa perlawanan, tidak kira keputusannya.
2) Tidak duduk semasa perlawanan.
3) Hadir sebanyak mungkin perlawanan (Home & away), tidak mengira kos dan jarak.
4) kesetiaan kepada lokasi ultras. (curva)

9. Perbezaan ultras dan hooligans.
Hooliganism lebih kepada pergaduhan antara kelab. Berbeza dengan Ultras walaupun kadangkala boleh menjadi ganas, kebanyakan perlawanan berlansung tanpa insiden pergaduhan. Ultras adalah seni. Seni flares, Tifo dan choreo. Seseorang ultras tidak akan menyerang, namun jika diserang pertahankan diri adalah menjadi keutamaan. “Ultras never leave man behind; this is brotherhood, blood in blood out” 



10. Kesimpulan
Budaya ultras masih lagi baru di Malaysia mahupun sudah dimulakan Ultras Malaya sejak tahun 2007 lagi. Namun dek kesedaran anak muda dalam memperjuangkan hak membangunkan sukan bola sepak di Malaysia, Ultras di setiap negeri terbit bagai cendawan selepas hujan mengikuti langkah murni Ultrasel (Selangor), Ultras Kedah dan SilverStateUltras (SSU Perak). Persembahan cemerlang Ultras Malaya pada perlawanan Piala AFF Suzuki 2010 mendorong kemunculan Ultras No9ori (Negeri Sembilan), Ultras Kelantan-The Red Mania (Kelantan), Ultras Tranung (Terengganu),Southern Troop Ultras (Johor), Ultras Taming Sari (Melaka),Elephant Army (Pahang) untuk memeriahkan lagi fenomena Ultras di Malaysia. Semoga kehadiran jiwa-jiwa ini dapat mengembalikan kegemilangan Liga Malaysia.

“If you are ashamed of your colors, you better seek for another flag”-Ultras Malaya

Forza Malaysia!!!



sumber: www.ultrasmalaya.net