Thursday 18 October 2012

Cerita Mafla EA

Assalamualaikum w.b.t.



Maafkan kami..

Kenyataan ini dikeluarkan bagi memberi pencerahan status terkini mafla E.A. Sebelum itu saya terangkan di sini saya terpanggil dan amatlah wajar daripada saya selaku yang sudah berusia di kalangan rakan,mewakili individu yg ditugaskan dalam proses pembuatan mafla,memberikan hitam putih hal tentang kelambatan mafla siap. Pada awalnya direncanakan pembuatan mafla dibuat di negara china. Namun begitu setelah selesai proses draf imej dan sample yang dikeluarkan,proses akhir produk yang diterima amatlah mengecewakan. Memandangkan kami menginginkan produk yang diterima pengguna adalah nilaian yang terbaik,kami beralih kepada pembuat di poland.  Masalah komunikasi dan kurang yakin penghantaran wang pula timbul yang mana kami menjanjikan di game ATM bakal siap dan diagihkan. Wakil sukarelawan yang menawarkan diri dalam tugasan mafla juga mengalami masalah kesibukan praktikal dan pembelajaran memandangkan beliau di tahun akhir dan beliau juga berseorangan menguruskan hal mafla ini..


Namun kini, kami telah menggunakan orang tengah UM yang berpengalaman dalam pengurusan mafla UM yang baharu sebagai jalan terakhir. Kami telah menambahkan sedikit wang bagi melengkapkan syarat kuantiti minimum yang dikehendaki. Insyaallah jika tiada aral melintang,2 bulan lagi diperlukan. Harap kali ini tiada lagi masalah yang timbul. Maaf dipinta kerana hal ini terpaksa didiamkan daripada pengetahuan umum memandangkan kami optimis hal yang direncanakan mampu mencapai objektif pada masa yang ditentukan terdahulu. Namun kini,kami rasakan pengguna wajar mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.




Maafkan kami..Maafkan kami..Maafkan kami...



Sunday 14 October 2012

Halusinasi Mimpi Menjadi Realiti.

We are heading back to Darul Makmur!

Oh, terlalu lewat artikel ini untuk ditulis, namun saya harap momentum sokongan kita semua kepada pasukan kesayangan Pahang, Tok Gajah sentiasa meluap-luap dan bakal diteruskan padan tahun 2013. 2012, saya simpulkan sebagai musim "come back" Pahang. "Come back" dari segala segi...dari relegasi semusim ke liga perdana dan kembali ke liga super. Dan jumlah penyokong yang pada awalnya menjauhkan diri dari stadium kini kembali dengan sorakan padu!

Skuad "Emas" 2012


Naib juara Liga Premier 2012 (DAMN YOU ATM!), terkandas di pusingan ke-2 Piala FA dan suku akhir di Piala Malaysia (F**K YOU LIONS!), bagi saya skuad yang rata-rata di kalangan nama yang bukan bintang, pencapaian ini amatlah membanggakan. Mungkin jika dikira dan dibandingkan dengan zaman kegemilangan atau keemasan Pahang, skuad ini masih belum dapat diletakkan pada tanda aras yang sama..Hakikatnya skuad ini bermula dari ZERO (Kosongg..kosongg..) dilentur dari benih muda dan digarap serta digilap dengan percaturan yang menampakkan seperti kerja gila oleh pengurusan pada awal musim..Namun akhirnya membuahkan promosi ke Liga Super 2013..Bagaikan tidak percaya..Optimistik, kata kunci yang perlu dipegang...

Dari segi sokongan pula, Stadium Mini Temerloh adalah segala-galanya.. Penutupan buat sementara waktu stadium keramat Darul Makmur seakan memberi rahmat dari segi pemberian nafas baru sokongan kepada Pahang. Pada awalnya saya juga tertanya-tanya, apakah Stadium Temerloh ini akan benar-benar memberikan impak atau sekadar peralihan buat sementara sahaja.. Ternyata segalanya meleset sama sekali.. Tanggapan jelik dan persimistik saya ini dibayar kembali dengan kuantiti ketumbukan Elephant Army yang lebih jitu,kental dan gah di teres tradisional Temerloh 90 minit tanpa K.O..



Signifikan Stadium Temerloh adalah ianya betul-betul berada di tengah-tengah negeri Pahang.. Topograpfi di tebing sungai Pahang, dikelilingi bukit dan mudah dijangkaui oleh orang Pahang dari Lipis, Jerantut, Bera, Muadzam Shah, Jengka, Bentong dan banyak lagi daerah-daerah yang mengelilingi negeri Tok Gajah (maaf jika terlupa disebut). Syabas buat semua.."Full House" setiap perlawanan Home merupakan pencapaian yang mungkin setaraf dengan sesetengah negeri yang lain dan mungkin lebih..

Perlawanan di tempat lawan juga tidak kurang hebatnya..Ramai anak Pahang yang berhijrah mencari rezeki di negeri orang turut bersama di stadium dan tidak kurang juga mereka yang menetap di Pahang sanggup menjelajah ke setiap venue perlawanan "away"..Perghhh..TEGAR! Anda bukanlah calang-calang penyokong  Tok Gajah yang sanggup mengharungi bersama pasukan di kala berada di bawah dan di atas..

Penyokong di teres-teres bukit..boleh katakan teres yang rare dan tiada seumpanya di Malaysia..hahaha!

Ketumbukan padu EA di Temerloh..di sini ianya bermula..

Pyro show and "rocket shower"

Akhir kata, diharapkan budaya sokongan ini semakin menyubur di kalangan penyokong Pahang dan khasnya Elephant Army..Semakin kuantiti dan berkualiti..Terima Kasih Pahang 2012..kepada player-player yang akan berhijrah,selamat maju jaya dan terima kasih diatas kebangkitan yang diberi..ada rezeki mungkin anda bertuah bersama Tok Gajah kembali..



LIGA SUPER 2013 KAMI DATANG!!

KALAH DAN MENANG PANTANG DIAM!!
HITAM DAN PUTIH TAKKAN PADAM!!


Monday 14 May 2012

Sime "Barbie" vs Pahang Power (11/5/2012) - Malam Penuh Drama


Betul-betul malam yang penuh dengan kenikmatan. mana tidaknya setelah pasukan yang digelar 'plantation giants' ini meletup-letup di tahun 2012, kekalahan ini adalah pertama kali buat mereka setelah 19 perlawanan tanpa kekalahan. Bagi penyokong Pahang, kemenangan di pusingan pertama (2-1 bukan?) dan kali ini 3-2 (main malam ni weh...) adalah pembalasan dendam kesumat setelah kita dibelasah tanpa balas 4-0 kepada mereka pada tahun lepas play-off (ikhlas saya akui, lunyai sungguh pahang pada masa tersebut).

Perlawanan ini dikatakan adalah perlawanan yang ketiga dilangsungkan pada waktu malam di stadium selayang. setelah sebelum ini, lampu limpah tersebut yang dikatakan tidak mengikut syarat telah dinaiktaraf (sime darby telah mengeluarkan duit kantung mereka sendiri bagi tujuan ini)...bagus jugak, aku tak perlu amik half day leave...muka aku muka half day opis :-). dan dikhabarkan juga mereka bakal memiliki stadium dedikasi khas buat mereka sendiri tanpa balapan. (kekunun macam juve arena lah ni...alaaa..juve tu takde la gempak sangat pun..) cukup hebat badan korporat ini.

Sedikit mengecewakan bilamana ada syarat tertentu cara menggantung banner dan bendera. apalah yang hendak di pungpangkan sangat dengan hal ini sedangkan ini cuma ingin menghidupkan suasana atmosfera stadium; mewakili warna kami...haishhhh...taik kucing tul!. namun kasihan juga pentadbiran stadium bilamana mereka berulang kali mengatakan, mereka hanya menjalankan tugas dan kuasa sebenar di pucuk pimpinan atas. aduhai la nasib di malaysia ini...sopan santun tatatertib budaya kita. hooorayyyyy!!!

"Tolong gantung di tempat yang sebetulnya okay!?"


Perlawanan ini saya mengganggap cuma hidup di 20 minit terakhir. mana tidaknya gol-gol dijaringkan berselang seli. kami kerap ketinggalan dan mampu bangkit. semangat tenaga tempatan yang jelas kental ke atas ke bawah membantu; bergerak jelas sebagai satu unit yang mantap.

Comrade TEA (Torcida Elephant Army) memilih untuk menjadi "Casual" malam tuh..Torcida 4 maycon!hahaha!

Hafiz Kamal agak mental malam tu n x rilex mcm biasa..Free kick dia pon sangkut kt benteng je..biasa laa..player2 ada time down dia..harap2 tak lagi lepas ni..


Bagi duo serangan di depan, nampak serasi dengan alex (bukan alex juve yer..alex juve tu buhsan!) dan maycon (bukan maicon intermerda itu juga yer), brasilian rekrut terbaru kami menggantikan tempat eduard (eduard, kamu juga bagus, tapi jodoh tidak panjang..selamat berjaya dengan masa depan anda). cuma pertahanan betul-betul lopong dan kalah dengan pecutan barisan hadapan sime darby. mungkin kedudukan penyerang mereka tepat pada masanya dan menghukum kealpaan kami. drama 'panas' juga berlaku di akhir minit permainan dengan gaya 'muay thai' yang tidak munasabah (tarik kahak sikit!!! puiiiii ronaldinho!) oleh striker mereka ini. goalie kami joe mengalami cut di muka dan concussion yang terpaksa dikejarkan ke hospital selepas game berakhir bagi pemeriksaan lanjut kecederaannya.

Joe injured lepas ditumbuk jongang bangang yg x dapat terima kekalahan

Saat Joe dibawa ke hospital dengan Ambulance selepas game..kena jahit atas dahi beb!


wisel penamat ditiup dengan kepuasan buat kami. terima kaseh buat penyokong subsidi sime darby yang tidak penat mengetuk buat kami chant. hehe...dan kini nampak di atas kertas saingan dua penjuru jelas kelihatan antara pahang dan atm. jangan sesekali tergelincir wahai skuad dan tunggu di jun 15 nanti. temerloh calling!!!

Scoreboard yang indah malam itu..hahaha!!

Tengok sape dgn kami malam tu..nak main dengan Pahang??xyah laa..bakat anda perlu dibawa keluar untuk jadi lebih mantop..Cheers for Wan Zack! (Anak Pahang Oi!)

Saturday 17 March 2012

Pahang vs MP Muar... Signifikan Atmosfera Terkini

2 Mac 2012




Perlawanan yang belum saya anggap seperti bertemu buku dengan ruas,tetapi tahap kepentingannya tetap tinggi. Misi kembali keluar dari arus saingan liga perdana dan kembali ke liga super,itulah yang amat ingin kita gapai pada tahun 2012..

Dendam kesumat yang belum dilunaskan lagi dengan kekalahan kepada Atm di pusingan pertama, momentum konsisten saingan kepada pasukan yang lain perlulah seimbang dan sentiasa memberikan impak yang besar. Keputusan yang memberangsangkan adalah kemenangan semestinya. Namun keputusan seri dan kekalahan itu tetap ada. Itu normal. Kerana itulah pasukan dan sokongan perlu seiring. Dan tidak terkecuali pentadbiran pasukan, sentiasalah beringat karier pemain bolasepak adalah singkat.hargai dan hormati periuk nasi mereka dengan kontrak gaji yang anda meterai..

Pertemuan dengan MP Muar pada 2 Mac yang lalu amatlah saya merasakan sedikit keistimewaannya. Setelah Nana Yaw disingkirkan (Mate, an import player should show his 'boldness'. This matter differetiate from us local player..good riddance then!), kini Pahang kembali merekrut 2 'russian bullet',Eduard (striker) dan Boris (midfield). Masih ingat dan merindukan letupan torpedo dari Moscow Melnikov? Maka inilah yang kami harapkan. Tenaga tempatan dan import bergabung dan memacu misi prmosi kembali ke liga super 2013..



Perlawanan ini sebenarnya boleh dikatakan dah lama lepas,tapi bukan mengenai perlawanan ini yang mahu diceritakan. Dalam tulisan kali ini saya sbenarnya mahu menceritakan mengenai peningkatan prestasi Elephant Army sendiri. Dari segi sokongan,saya benar-benar terkesima dengan penambahan ketumbukan komrad Elephant Army. Hasil jajahan dari kuantan,pekan,temerloh,benta,lipis,jerantut dan beberapa komrad baru yg direkrut dari bentong semasa perlawanan ini menghasilkan kepadatan di teres Stadium Temerloh. Pemindahan venue dari stadium keramat di kuantan ke temerloh benar-benar rahmat bagi kami. Jauh bezanya daripada tahun 2011 yang menyaksikan ahli kami yang boleh dikumpul hanya dari 5-10 orang dalam satu-satu perlawanan di SDM. Kini kami mampu berbangga dengan ketumbukan kami..

Corteo Elephant Army memasuki Stadium Temerloh

Dari segi pemahaman dan disiplin di teres,sesuatu peningkatan yang amat memberangsangkan. Bermula dari zero, sentiasa berkongsi ilmu sambil menjauhi hasad dengki, pasti menambah jitu entiti ultras ini. Cuma jikalau kelihatan "keselekehan" itu,jika ditegur janganlah dimuntahkan letusan lava gunung berapi kembali,tetapi ambil positif. Sebagai contoh,selipar cap jepun. Bukan saya tidak pakai jika membuat lawatan ke jamban, tetapi jika pergerakan ultras ini melibatkan Tifo dan corteo,dalam kebanyakan kaki "Dassler", tiba- tiba terselit selipar jepun cap tat seng, bukankah bakal menjadi sindiran nanti? Dan juga perlawanan yang anda hadiri adalah pasukan Pahang. Sesuaikah anda membawa imej kelab luar seperti Mohun Bagan dan Colo Colo ke teres Elephant Army? Sesuatu yang mudah dijawab, TIDAK SAMA SEKALI! Belajar,pelajari,respek dan setiakawan..

Dengan perkembangan arus ultras yang kini berkembang,diharapkan tiada saingan sesama kita dan yang perlu ditekankan ialah arahan Capo perlulah dan mesti didahulukan. Chant Seru kini makin padu dan bergegar berserta panji-panji dan bendera (jika di stadium temerloh boleh,kenapa tidak SDM? Mohon fikir-fikirkan wahai pengurusan..). Malahan penyokong neutral lain di temerloh dilihat lebih menerima cara sokongan Ultras di Teres.. Jumlah mereka jauh berbeza dengan jumlah penyokong di kuantan walaupun bermain di divisyen 2. Bukti penyokong sejati Pahang masih ada dan tidak pernah hilang seperti yang disangkakan anasir luar..

Ingatlah, ini adalah kerjasama daripada anda dan bukannya persaingan sokongan siapa yang lebih bagus dan hebat (ada pihak yang berasal dari satu daerah merendah2kan kami dengan mendakwa jika mereka turun maka kami akan tenggelam dan kalah dengan mereka..kami tunggu juga pada hari perlawanan tapi tak kelihatan..menyedihkan kerana tujuan kami bukan nak tunjuk bagus dari orang lain dan bersaing dengan penyokong Pahang yang lain, tetapi ingin menyatukan kembali rakyat Pahang untuk menyokong pasukan bersama-sama sebagai Satu kumpulan). Hormat selagi kita dihormati dan jangan mengharapkan balasan di atas titis keringat,tenaga dan wang yang anda kekuarkan. Namun bukan bermakna anda tidak boleh mengharapkan kejayaan pasukan. Tekankan disini ultras itu adalah subversif dan bukan kemahsyuran semata-mata..

Meraikan kemenangan besar 5-1

Apa-apa pun, pertemuan kedua dengan ATM di rumah kita pada bulan 6 nanti adalah tumpuan utama EA pada ketika ini. Kami mahu tunjukkan dan bezakan siapa penyokong sebenar dan siapa penyokong subsidi..Ultras Forever! Kalah dan menang pantang diam! Hitam putih takkan padam!!

- AYE! you can't see with your eyes -

Thursday 9 February 2012

Ada apa dengan 3 Februari...

3 Februari 2010..
Cetusan idea mengenai penubuhan ultras Pahang mula dibincangkan secara serius.

3 Februari 2012..
Dua tahun selepas benih idea disemai, selepas mengharungi segala hujan panas ribut petir badai taufan, benih itu kini mula bercambah dan menjadi semakin matang. Ultras Pahang yang suatu masa dulu hanya terdiri dari beberapa orang komrad sahaja kini mula mengumpul jiwa-jiwa ultras yang semakin ramai untuk bersama Pahang. Dan kini, dengan kekuatan yang kita ada sekarang, Elephant Army akan terus mara dan bersama skuad Tok Gajah walau kalah atau menang.

Dihari ulang tahun penubuhan EA yang ke-2 tanggal 3/2/2012 yang lalu, satu perlawanan penting melibatkan pasukan Pahang akan berlansung. Perlawanan itu adalah diantara Pahang menentang ATM di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan ia dianggap 'clash of the titans' dalam Liga Primier. Dengan semangat yang berkobar-kobar dalam jiwa setiap komrad untuk match besar ini dan semangat untuk Pahang mendapat 3mata penuh sebagai hadiah hari ulangtahun kami, satu konvoi awaydays dirancang oleh kami. Stadium MBPJ akan kami jajah tanpa belas kasihan. Gajah akan merempuh kereta kebal askar-askar yang taknak berperang tapi tau nak main bola saje.

Konvoi bermula dari Kuantan pada kira-kira pukul 1.00 pm. dan hentian pertama kami adalah di tol Temerloh untuk menunggu beberapa buah kenderaan komrad yg lain dari situ.

ku menunggumu di Tol Temerloh
Dua buah van dan sebuah kereta terus menyusuri Lebuhraya Pantai Timur. Bendera Pahang diletak disisi setiap kenderaan yang berkonvoi. Penat lelah beberapa orang komrad yang baru balik kerja (kerja separuh hari pastu cabut) diketepikan begitu sahaja oleh semangat yang bukan main luar biasa dia punya berkobar-kobar. Konvoi seterusnya berhenti di Hentian Genting Sempah untuk berehat seketika, minum, makan, tukar baju kerja dan disini, sesuatu yang gila diluar norma masyarakat berlaku. Sebelum meneruskan perjalanan, kami semua berkumpul dikawasan letak kereta dan mengejutkan setiap individu yang berada disitu dengan chant kami.

Orang sekeliling kelihatan mengalami kejutan budaya. Kegilaan apakah yang mereka bawa ini dengan drum, bendera dan menyanyi tanpa henti? Tujuan kami tidak lain tidak bukan adalah untuk memalu gendang perang supaya semua orang disitu tahu bahawa pasukan Pahang ada perlawanan penting pada malam itu. Dikawasan kami menggila juga kelihatan beberapa buah bas dan trak membawa kumpulan askar (mungkin nak kestadium jugak) tetapi itu tidak sekali-kali menggentarkan kami. Malah kami makin semangat bertemu askar-askar penyokong ATM ini.

kami chant, kami menggila, kami ok
Dari Genting Sempah, beberapa buah kenderan komrad lagi mula berkumpul dan bergerak bersama. Kira-kira 2 buah van dan 10 buah kereta bersama kami dalam konvoi ini. Ini merupakan konvoi awaydays terbesar sejak penubuhan EA. Konvoi berhenti sekali lagi di Hentian Gombak untuk menunggu beberapa buah kenderaan lain lagi. Di Hentian Gombak, salah seorang komrad kita yang juga seorang Marshall membawa perkhabaran gembira buat semua. Sesuatu yang tidak pernah kami alami akan menanti di Tol Gombak.

taklimat ringkas dari encik-encik polis pengiring
4 orang polis pengiring dan marshall menanti kami di Tol Gombak. Kami tiba disana kira-kira pukul 6.00pm dan keadaan trafik di KL sudah pasti sesak dengan orang ramai balik kerja dan balik kerumah. Kehadiran polis & marshall itu adalah untuk membantu kelancaran perjalanan kami ke Stadium MBPJ. Buat pertama kalinya kami rasa diri ini seperti VVIP lagaknya apabila diiringi polis & marshall pengiring. Semua kenderaan memberi laluan kepada kami dan mereka seakan terpinga-pinga melihat konvoi yang panjang dan mengibarkan bendera Pahang disetiap kenderaan. Kami agak pasti mereka meneka bahawa pemain bolasepak Pahang yang berada didalam konvoi itu. Kami rilex dan tenang apabila orang ramai merenung kami dari dalam kenderaan mereka. 'Buat muka player Pahang'. Ya itu pegangan kami ketika itu.

Konvoi kami tiba di Stadium MBPJ kira-kira pada pukul 7.00pm. Kami melakukan corteo dan berarak masuk kedalam stadium selepas membeli tiket (yg ada cabutan bertuah katanya).

kami turun ke MBPJ, satu jiwa sokong TOK GAJAH
Kami mengambil tempat didalam stadium dan mula chant. Perlawanan yang dijangka sengit itu sememangnya sengit dengan permainan baik dari kedua-dua pasukan. ATM menjaringkan gol pertama, Pahang menjaringkan gol penyamaan, ATM menjaringkan gol kedua, Pahang menjaringkan gol penyamaan. Kedua-dua pasukan seolah-olah berbalas pantun sehingga separuh masa pertama tamat. Separuh masa kedua menyaksikan perlawanan terus berlansung rancak dan kami juga tidak kurang rancaknya di curva. Nasib tidak menyebelahi Pahang apabila pada minit ke 83, ATM menjaringkan gol kemenangan mereka. 3mata penuh yang diharap dapat dibawa balik ke Temerloh tidak berjaya dicapai. Walaubagaimanapun semangat juang pasukan sememangnya tinggi begitu juga dengan semangat juang komrad kita semua. Chant tetap diteruskan sehingga keluar stadium. Terima kasih diucapkan kepada jeneral-jeneral tertinggi Ultras Malaya yang turut bersama-sama kami di dalam stadium demi menyokong bolasepak tempatan.


sedutan perlawanan ATM vs Pahang. Kredit: AstroArena

aksi EA di Stadium MBPJ

sedutan rakaman aksi EA. Kredit: MrGear05

Selepas tamat segala-gala kegilaan malam itu, sebahagian komrad mula membawa diri pulang ke tempat masing-masing dan sebahagian lagi komrad menyambung kegilaan dengan bermain futsal di Subang Jaya. Terima kasih diucapkan kepada TGCKL yang sudi menganjurkan futsal main suka-suka release tension ini. Permainan tamat lebih kurang pada pukul 2.30am. Acara pada malam itu tidak habis begitu saja. Satu surprise daripada salah seorang komrad kita membawa kek untuk upacara sambutan ulangtahun penubuhan EA. Sebuah kek yang amat unik.

kek coklat EA
upacara memberi ucapan, membaca doa, memotong kek, memakan kek

Kek coklat moist EA memang sedap. Terima kasih kepada membuat & penaja kek itu. Jika anda berminat untuk menempah, anda boleh hubungi kami dan kami akan sampaikan pesanan itu kepada bakery berkenaan. Selepas habis berfutsal dan melicinkan kek, kami semua bergerak ke sebuah kedai mamak untuk mengisi perut dengan makanan yang lebih serius sambil bersembang-sembang merapatkan lagi ukhwah silaturrahim. Kami mula bertolak balik ke Temerloh & Kuantan pada pukul 4.30am. Dia punya letih pagi tu sampai plan nak stop mandi kejap kat Petronas Bentong pun tak jadi.

Sememangnya tarikh 3 Februari 2012 akan menjadi satu lagi tarikh penting dalam diri komrad-komrad kita. Semoga kenangan indah kita bersama dalam awaydays kali ini akan diingati untuk diceritakan kepada generasi-generasi akan datang. Kepada semua komrad EA - SALUTE!!!

keadaan kek yang diratah rakus tidak dapat diselamatkan lagi


-45-

Wednesday 8 February 2012

Pahang vs Johor

PAHANG (2) - (0) JOHOR
7/2/2012
Stadium MP Temerloh

kredit video: Sokernet.com

Pahang kembali menemui rentak kemenangan setelah tewas ditangan ATM sebelum ini. Semoga perlawanan ini menjadi titik tolak kebangkitan skuad Tok Gajah untuk terus berada di puncak Liga Primier dan seterusnya kembali ke Liga Super. Kedua-dua gol cantik pasukan Pahang telah dijaringkan oleh pemain bernombor 12 kita, Azamuddin Akil (Alex). Pujian yang tinggi harus diberikan kepada penyokong Pahang yang memenuhi segenap ruang Stadium MP Temerloh walaupun perlawanan tadi disiarkan secara langsung di RTM 1. Tahniah juga diucapkan kepada komrad kita yang telah datang dari seluruh pelusuk Pahang untuk bersama-sama di teres kita. HITAM PUTIH TAKKAN PADAM.


-45-

Friday 3 February 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Perdana

gendang perang provokasi visual telah dipalu

ATM vs PAHANG
STADIUM MBPJ
03/02/2012 (JUMAAT)
8.45PM




keputusan: ATM (3) - PAHANG (2)

Thursday 2 February 2012

Cerita sebenar disebalik artikel akhbar mengenai EA

Dalam artikel sebelum ini, kami ada mengeluarkan kenyataan menafikan apa yang ditulis didalam segmen Sahabat Ultras, akhbar Sinar Harian bertarikh 28 Januari 2012. Segmen berkenaan telah mengundang kontroversi dan salah faham dari pelbagai pihak. Hari ini kami dihubungi oleh wartawan yang menemuramah kami untuk segmen itu dan beliau meminta maaf serta memberi penjelasan sebenar disebalik segala yang telah tersebar.

salam adik, kak t br tertengok kt blogspot EA tu td...sedihla bila org mrh2pasal artikel yg kak ti buat tu coz mmg kak t xde niat nak laga2 sesiapa.so kak t nk minta maaf berbanyak n sini kak t foward the real articles yg kak t buat before kene edit mcm tu...
RUANGAN ULTRAS SINAR

H:”TOK GAJAH DI HATI KOI” pegangan azimat EA

ROSILAWATI ROSEDI

“Hitam Putih Takkan Padam” itu tagline bagi Elephant Army (EA) bagi Ultras Pahang yang sehati sejiwa memberikan sokongan padu serta tegar buat pasukan negeri, Tok Gajah.Mula dikenali dengan EA Ultras dan dinamakan semula EA pada 1 Disember tahun lalu, kehadiran mereka mula mendapat perhatian penyokong bola sepak di sini.

Ikuti temubual Ultras Sinar bersama EA untuk mengetahui sejarah serta objektif penubuhannya selain harapan mereka terhadap sukan bola sepak Pahang.

Ultras Sinar: Boleh ceritakan sedikit mengenai penubuhan EA dan objektifnya?
EA: Sebenarnya EA telah dirancang penubuhannya sejak 3 Februari 2010 lagi.Sejak Ultras Malaya (UM) dicetuskan, ia memberikan inspirasi kepada kami untuk menerapkan budaya sokongan padu kepada pasukan negeri.Buat pengetahuan, sokongan orang kuat dari UM yang juga orang Pahang turut membantu untuk kami mewujudkan EA.
Kami mula membuat penampilan sulung di di Stadium Darul Makmur pada perlawanan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super musim lalu dan sejak itu, EA ini terus setia bersama memberikan sokongan pada Tok Gajah.

Ultras Sinar:Boleh ceritakan keunikan EA berbanding ultras lain?
EA: Setiap ultras mempunyai perbezaannya namun berpaksi atas fokus sama, memberikan sokongan padu terhadap pasukan negeri masing-masing.Tak kira keputusan perlawanan, kami tetap berdiri teguh di belakang pasukan sokongan.Kami juga tidak panggil ini sebagai kelab penyokong sebaliknya berkumpul atas semangat persaudaraan malah boleh dikatakan sebelum ini kami langsung tidak saling mengenali namun minat dan sokongan terhadap pasukan bola sepak Pahang menyatukan kami semua.
Kami mempunyai ‘chant’ (nyanyian semangat) yang menggunakan loghat daerah dan ini memberikan keunikan kepada EA dan ini juga menarik minat penyokong yang hadir untuk turut serta menyanyi bersama dan menambahkan lagi kehangatan sokongan di dalam stadium.Setakat ini kami mempunyai 20 koleksi "chant".

Ultras Sinar: Bagaimana pembabitan ahli yang menyertai EA setakat ini?
EA: Setakat ini kami mempunyai 98 ahli meliputi pelbagai daerah seperti Jerantut,Temerloh, Lipis dan Kuantan sendiri yang berusia 14 hingga 40 tahun dengan pelbagai latar belakang, pelajar dan professional.
Sebenarnya mudah saja untuk menyertai kami, hanya cari kami di stadium kalau di Stadium Darul Makmur, kami akan menjadikan Gate 11 sebagai kawasan berkumpul di dalam stadium.Setiap kali ingin berjumpa yang kami gelarkan “komplot”, akan ada perbincangan, idea dan bertukar maklumat serta idea mencipta ‘chant’, banner dan perancangan program lain.
Bagi mereka yang betul-betul berminat menyertai EA, hanya layari Facebook, Elephant Army ataupun elephantarmy.blogspot bagi mengetahui segala aktiviti dan tiada yuran ataupun borang.

Ultras Sinar: Sebagai ultras, tentunya memerlukan banyak aktiviti, kos untuk melaksanakan segala aktiviti, jadi bagaimana EA menyelesaikan isu-isu sebegini
EA: Sebab itu dari mula kami tekankan semangat persaudaraan, jadi segala aktiviti yang ingin dijalankan akan dilaksanakan bersama.Contohnya, bagi latihan ‘chant’ membuat banner, kami akan berkumpul sebelum sehari perlawanan di Tasik Bandar, Indera Mahkota selepas tamat waktu kerja.Untuk kos dan perbelanjaannya, kerana minat mendalam, semuanya dikongsi bersama menggunakan wang sendiri.

Ultras Sinar:Adakah EA turut mempunyai aktiviti lain selain hadir memberikan sokongan di stadium?
EA:Kami juga aktif dalam sukan futsal untuk merapatkan lagi hubungan persaudaraan. UM pernah menganjurkan kejohanan yang disertai semua Ultras negeri, Pada edisi pertama, kami tidak dapat menyertainya namun pada edisi kedua di Kelantan tahun lalu, EA muncul juara manakala di edisi ketiga, sepatutnya EA menjadi tuan rumah namun atas sebab-sebab tertentu, kejohanan berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun ini.

Ultras Sinar: Sebagai penyokong tegar Pahang, bagaimana EA melihat pasukan negeri yang beraksi dalam saingan Liga Perdana musim ini?
EA:Situasi ini sebenarnya ada hikmahnya kerana kalau kita lihat, sebelum ini sokongan peminat agak pudar namun sejak Pahang beraksi dalam Liga Perdana musim ini, sokongan dan kehadiran penonton di Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) semakin meningkat.Ini memberikan kelebihan buat pemain Pahang untuk beraksi dengan lebih bersemangat.

Ultras Sinar: Apakah pesanan EA buat mereka yang ingin menyertai EA dan perancangan seterusnya?
EA:Pesanan kami, mereka yang ingin menyertai EA atau mana-mana Ultras, kena ada jiwa dan minat bukan kerana inginkan nama dan populariti memandangkan UM semakin dikenali.Tidak kira pasukan sokongan anda kalah atau menang, sokongan padu dan kesetiaan itu perlu ada dari awal hingga tamatnya permainan, di dalam atau luar, Tok Gajah tersemat di hati ataupun senang cakap, “Tok Gajah di Hati Koi”.
Perancangan selepas ini, kami bakal turun ke stadium untuk memberikan sokongan dan gegaran dalam perlawanan yang ditunggu-tunggu, Pahang menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 3 Februari depan di Stadium Petaling Jaya.Tunggu saja kehadiran EA dan pastinya, EA akan terus bersorak menyokong padu Pahang dari wisel bermula dan penamatnya.

Kami EA memaafkan perkara ini dan berharap segala kekeruhan yang berlaku dapat dijernihkan. Semoga ini dapat menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Saturday 28 January 2012

PEMBETULAN / PENEGASAN / PENERANGAN !!

Assalamualaikum..



Keratan akhbar sinar harian dalam segmen "sahabat ultras"
28 Januari 2012 (Sabtu)
Harini tanggal 28 Januari 2012,hari sabtu..2 minggu yang lalu ade beberapa wakil akhbar dari Sinar Harian yang menghubungi wakil kami untuk menyelitkan kisah tentang firm ini..walaupun agak keberatan pada mulanya untuk melakukan sesi temuramah ni,kerana tujuan firm EA ditubuhkan bukanlah untuk mencari populariti dan glamour seperti yang didakwa sesetengah pihak kepada UM'07..tapi berfikir secara positif mungkin dapat menarik lebih ramai pengikut jadi beberapa wakil kami menemui pihak akhbar tersebut..namun begitu,seperti yang kami sudah jangkakan risikonya, harini artikel mengenai EA telah keluar di akhbar sinar harian di dalam sisipan "Ultras"..ade ayat yang berbunyi begini :


"Pada masa sama ,Saiful tidak mahu EA digelar sbg kelab penyokong. Katanya, perbezaan antara Ultras dan kelab penyokong bagaikan langit dan bumi. Mana-mana Ultras akan terus menyokong dan setia pada pasukan kesayangan mereka tidak kira menang atau kalah.Sebaliknya kelab penyokong hanya menyokong pasukan ketika menang". 


Baiklah,sebelum berlaku isu antara EA,Ultras dan kelab2 penyokong di seluruh Malaysia kami ingin menerangkan bahawa Pihak kami tidak pernah mengeluarkan statement seperti itu semasa temuramah tersebut. EA mahupun Ultras2 negeri lain tidak pernah memandang rendah terhadap kelab-kelab penyokong  yang ada di Malaysia..bagi kami tujuan ultras dan kelab penyokong adalah sama iaitu untuk memberi sokongan dan bersama-sama menyaksikan kejayaan pasukan masing2 namun cara yang berbeza digunakan...EA dan Ultras2 negeri lain dan UM  mahu menjaga hubungan baik antara penyokong2 kerana hanya penyatuan yang dapat menjadikan kita kuat dan degeruni oleh penyokong2 lain..Jadi kami dari EA sekali lagi menegaskan yang kami tidak mengeluarkan kenyataan seperti  yang tertera di perenggan terakhir sisipan akhbar "ultras" bertajuk "Hitam Putih Tak Akan Padam" bertarikh 28 Jan 2012..apa yang berlaku mungkin adalah salah faham oleh penulis tersebut..

akhir kata teruskan menyokong bolasepak tempatan..sekian..

Saturday 21 January 2012

Perlis vs Pahang (Perlawanan ke-4)

Perlis vs Pahang
Stadium Utama Negeri, Kangar
20/01/2012




keputusan: Perlis (2) - (2) Pahang

Thursday 12 January 2012

Perlawanan ke-2 Liga Perdana

HARIMAU MUDA B vs PAHANG
STD. NASIONAL BUKIT JALIL
13/01/2012 (JUMAAT)
8.45 MALAM


updated result: Harimau Muda (0) - Pahang (4)

Wednesday 11 January 2012

'Pengubat Kelukaan'

Final Piala Emas Raja-Raja
1/1/2012
Melaka (1) - (3) Pahang
Stadium MP Temerloh

"Pengubat kelukaan"... Begitulah kata yang terindah buat peminat setia pasukan bola sepak Pahang. Dengan terbukanya lembaran baru tahun 2012, diharapkan momentum ini turut memberi impak kepada pasukan Pahang di Liga Perdana. Piala Emas Raja-Raja (PERR) yang kali terakhir dikecapi pada tahun 1981 adalah kemarau panjang buat Pahang selama 31 tahun. Dengan semangat berkobar-kobar yang ditunjukkan oleh skuad, begitu juga buat kami di Elephant Army (EA).

1/1/2012, Wah.. tahun baru nampaknya. Kami betul-betul teruja apabila melihat jadual perlawanan akhir diadakan pada tanggal ini dan bakal dilangsungkan di Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh. Walaupun pada awalnya kami beriya-iya inginkan 'en-masse' ke Melaka seperti yang diwar-warkan sebelumnya, namun setelah dibuat ketetapan secara hitam-putih oleh pihak berwajib, Temerloh dipilih. Jadi mengapakan tidak?

Rata-rata ketumbukan EA dari sezione Lembah Klang, Kuantan dan Temerloh berikrar bersatu tenaga mengembeling suara bersama sepanjang 90minit. Walaupun ada diantara kami yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke stadium yang bakal digunakan di musim 2012 Liga Perdana nanti, bak kata orang tua-tua, mukadimahlah yang bakal melakar tradisi gemilang buat kami.

Pertemuan Pahang dan Melaka ini juga amatlah teristimewa bila mana Ultras Taming Sari (UTS) turut sama hadir. Siapa tidak kenal bila menyebut watak penting UTS, malahan lebih besar Ultras Malaya (UM), bukan calang-calang orangnya; Lekir. Diberitakan 'en-masse' mereka ke mari sebanyak 4 buah mobil bergerak. Sungguh kental dan tegar meraka bukan? Itulah etika dan pengertian peminat sejati.

Perlawanan akan berlansung pada pukul 8.45malam. Kami semua akhirnya bersatu di pintu utama stadium. Saat yang ceria bila wajah lama dan baru berjumpa, bertanya khabar dan ada juga yang bertanyakan mengenai flare/suar - "ada bawak ke tidak?". Hahaha. Lucu juga mereka ini. Apabila melihat stadium mini ini, kedudukan topografinya berbukit bukau dikeliling, ditarah rata dan juga hampir ke tebing Sungai Pahang, manakala hanya 1 grandstand utama yang mampu memuatkan kira-kira minimum 5,000 orang penonton. Balapan dan papan skor tersedia, manakala lampu limpah juga turut menepati piawaian HAM, ooppss!! tersilap sudah! FAM sebenarnya =)

Komplot sebelum masuk stadium
Kami memutuskan untuk masuk awal selepas Maghrib dan mengambil tempat sebelum 'beraksi'. Tiket diletakkan pada harga RM7 di grandstand manakala RM5 di tempat duduk bebas (atas balapan diseberang grandstand). Agak janggal bukan? Semacam tidak berpatutan, sesuatu yang perlu dikaji kembali oleh penganjur buat masa akan datang. Percis-percis kapitalis jangan sesekali dicambahkan dan seharusnya justifikasi harga tersebut perlu bersesuaian dengan keselesaan penonton. Perlu diingat, kepadatan tempat duduk penonton boleh mengundang perkara yang tidak diingini. Ini kerana warga emas, kaum ibu dan anak-anak turut ada. Jangan sesekali terhantuk baru hendak terngadah.

Grandstand kepadatan
Penyokong memenuhi segenap ruang
Kami berulang kali juga cuba untuk menyerahkan kawasan kami memandangkan semakin ramai penonton yang masul, yang akhirnya makin ramai yang terpaksa bersesak-sesak berdiri di setiap laluan naik. Sadis bukan, apabila melihat kaum ibu tetap berdiri mendukung anak kecil. Kami diwakilkan seorang sahabat pergi untuk berkompromi dengan wakil polis, jika boleh diminta untuk mengiringi kami ke balapan belakang gol. Namun begitu, kami dinasihatkan untuk tidak berbuat begitu. Manusia tidak tamak haloba sifatnya tetapi dasar kapitalis menjadi pemangkinya.

Perlawanan berjalan amat baik dan cuaca mengizinkan pada awalnya dan hujan mula turun dipertengahan perlawanan namun penonton tetap setia dan tidak berganjak. Teres kami begitu meriah dengan set bass drum dan juga confetti bak salji yang turun 365hari setahun di Kg. New Zealand. Hahaha. Cheers Patin Brigade dengan confetti setambun anda semua.

Sebelum bermula
confetti/snow di Teres EA
Melaka terlebih dahulu mengejutkan Pahang pada minit ke-27 menerusi jaringan Zailan Mohammad. Gol tersebut adalah hasil lorongan yang baik dimana pemain belakang Pahang betul-betul tidak dapat mengejar kembali bola ke mulut gol setelah penjaga gol cuba menutup ruang. Pemain Pahang tetap mengasak selepas itu dan lebih kurang 8minit kemudian Mohd Hafiz Kamal menjaringkan gol yang cantik dari sepakan percuma. Seri 1-1 hingga babak kedua bermula.

Dan seperti biasa, chant 'air! air! burger! burger!' juga kedengaran di tempoh rehat. Air ringan berpirisa jus seperti kelapa dan oren berharga RM1 tetapi burger penyek berharga RM2.50. Fuhhhh! Mahal juga tu. Dalam kedahagaan meneguk air dan kelaparan menyentap makanan, kami didatangi oleh Lekir Ultras Taming Sari a.k.a. Capo besar Ultras Malaya. Waah, bukan main seronok sakan kami. Bertengang tekak chant. Ohhh! Sungguh nikmatnya. Lekir dengan trademark cap merah dan jaket kulit hitam manakala 'Lekiu' Elephant Army selaku pelanduk dua serupa juga dikesan. HAhahaha..

Capo UTS & UM, Lekir bersama komrad EA
Babak kedua bermula dan Pahang betul-betul mengasak seperti gajah naik minyak ingin memahat segera keputusan akhir dengan kemenangan. Dua lagi gol berjaya dihasilkan melalui Mohd Fauzi Rozlan dan Abd Malik Mat Ariff pada minit ke-76 dan 78. Keputusan penuh 3-1 memihak Pahang.

Peminat yang hadir kelihatan puas walaupun ada setengahnya yang hadir berdiri sepanjang 90minit. Seakan mengembalikan sejarah nostalgia klasik teres stadium pada zaman dahulu, Trofi PERR dijulang dan diarak sepanjang balapan oleh pemain dan pegawai Pahang. RM45000 buat Pahang sebagai hadiah kemenangan dan Melaka juga tidak pulang dengan hampa, RM30000 juga satu jumlah yang besar untuk dibawa pulang. Tahniah buat jurulatih Pahang, Kamaruddin Sahwkkathha Ali.

Pagar balapan dibuka dan penyokong dibenarkan membanjiri padang; mengambil gambar kenang-kenangan dan turut serta meraikan kejayaan. Pada masa yang sama kami berkomplot bersama UTS dibulatan tengah padang. Oh, pesta suar (flares) dan seru (chants) kembali bermula. Asyik sungguh dibuatnya. (Rujuk entri sebelum ini) Kami juga mengambil kesempatan menguji permukaan padang. Lulus! Bilamana sahabat kami mampu menjaringkan gol dengan tandukan hasil bola yang beliau dapat saguhati pemberian pemain.

Malam yang sungguh bermakna buat kami  dan apabila musim Super League berganjak ke Liga Perdana. Namun kami puas bila ini juga turut memuaskan hati penyokong negeri lain yang kerap mengatakan bahawa Pahang sentiasa di dalam 'tangan penyelamat'. Apa yang saya inginkan untuk perlawanan pertama Liga Perdana dan seterusnya, kami ke bahagian lengkuk utara stadium di lereng bukit, teres rasmi kami. Nak bakar suar? Kini halal!! FORZA ELEFANTE PER GLI ULTRAS!!! Aye Aye! Cheers!

Alphonso de Alfiequerque AYE!!!


kredit gambar: sumber rawak dari facebook komrad EA.

Sunday 8 January 2012

Wednesday 4 January 2012

Pahang Melaka Sama Saja.....

Komplot Elephant Army (EA) & Ultras Taming Sari (UTS) selepas perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja, 01/01/2012 yang lepas. Rasai sendiri kehangatan atmosfera Stadium Temerloh dijajah Ultras Malaya.

Brotherhood Selamanya Ultras Malaya!!!


Ritual pembakaran flare ataupun suar (PyroShow)
Tiada sebarang unsur pemujaan disini, hanya sekumpulan jiwa yang kesurupan.

Video komplot:

Monday 2 January 2012

Kita Menang... Kitalah Juara!!

01/01/2012

STADIUM MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH

PERLAWANAN AKHIR

MELAKA 1-3 PAHANG

PAHANG JUARA
PIALA EMAS RAJA-RAJA 2011


KITA MENANG... KITALAH JUARA!!!

p/s: nantikan cerita penuh perlawanan ini =)