Saturday, 28 January 2012

PEMBETULAN / PENEGASAN / PENERANGAN !!

Assalamualaikum..



Keratan akhbar sinar harian dalam segmen "sahabat ultras"
28 Januari 2012 (Sabtu)
Harini tanggal 28 Januari 2012,hari sabtu..2 minggu yang lalu ade beberapa wakil akhbar dari Sinar Harian yang menghubungi wakil kami untuk menyelitkan kisah tentang firm ini..walaupun agak keberatan pada mulanya untuk melakukan sesi temuramah ni,kerana tujuan firm EA ditubuhkan bukanlah untuk mencari populariti dan glamour seperti yang didakwa sesetengah pihak kepada UM'07..tapi berfikir secara positif mungkin dapat menarik lebih ramai pengikut jadi beberapa wakil kami menemui pihak akhbar tersebut..namun begitu,seperti yang kami sudah jangkakan risikonya, harini artikel mengenai EA telah keluar di akhbar sinar harian di dalam sisipan "Ultras"..ade ayat yang berbunyi begini :


"Pada masa sama ,Saiful tidak mahu EA digelar sbg kelab penyokong. Katanya, perbezaan antara Ultras dan kelab penyokong bagaikan langit dan bumi. Mana-mana Ultras akan terus menyokong dan setia pada pasukan kesayangan mereka tidak kira menang atau kalah.Sebaliknya kelab penyokong hanya menyokong pasukan ketika menang". 


Baiklah,sebelum berlaku isu antara EA,Ultras dan kelab2 penyokong di seluruh Malaysia kami ingin menerangkan bahawa Pihak kami tidak pernah mengeluarkan statement seperti itu semasa temuramah tersebut. EA mahupun Ultras2 negeri lain tidak pernah memandang rendah terhadap kelab-kelab penyokong  yang ada di Malaysia..bagi kami tujuan ultras dan kelab penyokong adalah sama iaitu untuk memberi sokongan dan bersama-sama menyaksikan kejayaan pasukan masing2 namun cara yang berbeza digunakan...EA dan Ultras2 negeri lain dan UM  mahu menjaga hubungan baik antara penyokong2 kerana hanya penyatuan yang dapat menjadikan kita kuat dan degeruni oleh penyokong2 lain..Jadi kami dari EA sekali lagi menegaskan yang kami tidak mengeluarkan kenyataan seperti  yang tertera di perenggan terakhir sisipan akhbar "ultras" bertajuk "Hitam Putih Tak Akan Padam" bertarikh 28 Jan 2012..apa yang berlaku mungkin adalah salah faham oleh penulis tersebut..

akhir kata teruskan menyokong bolasepak tempatan..sekian..

3 comments:

kecex dot com said...

i beli paper sinar . snggup keluar bandar .

anakmemberontak said...

kau pegi call itu wartawan..kasi sound sikit sama dia..tulis mau ikut sedap sendiri..kau call dia..at least bagitau yang dia dah salah tulis statement dan minta dia perjelaskan kembali dalam isu keluaran berikutnya...media memang begini..better wakil EAU call Sinar Harian..

Anonymous said...

bullshit punye paper...kasi laga kan penyokong sial!