Menjadi Gerila EA

Seperti semua sedia maklum, kami adalah pemain ke-12 pasukan Pahang. Jadi kami tidak mempunyai borang keahlian untuk anda isi, kami tiada kad keahlian, yang kami ada hanya JIWA. Ya betul, hanya jiwa-jiwa yang tulus ikhlas mencintai pasukan Pahang yang menyatukan kita semua disini.

Untuk menyertai kami, anda hanya perlu datang ke stadium untuk menyokong Pahang. Jumpa kami di kubu kami (curva), salam-salam sikit kenalkan diri dan terus sertai kami. Ia semudah A,B,C bukan.

Sebagai sedikit peringatan 'dari seorang saudara kepada saudaranya', suka kami mengingatkan sedikit peraturan yang perlu untuk kita sebagai Ultras menjadi 'beyond the limit' sedikit bila bersama pasukan negeri kita:

1) Mafla negeri/pasukan. Bila menyokong negeri sendiri, kita akan menunjukkan rasa kecintaan kita secara visual melalui mafla. Mafla diperlukan untuk membuat pergerakan ketika menyokong (chanting). Jadi mafla negeri/pasukan kita itu satu kemestian.

2) Berkasut. Berselipar mencacatkan pemandangan di curva. Kita akan kelihatan lebih kemas dengan berkasut. Ingat, penyokong juga perlu kemas supaya kelihatan lebih berkarisma.

3) Berdiri. Ini perkara biasa bagi Ultras. Berdiri 90minit sepanjang perlawanan apa ada hal. Tak percaya tengok scene-scene Eropah.

4) Sokongan vokal (chant). Lontarkan sekeras-kerasnya suara kita sampai ketengah padang biar sampai kepada pemain-pemain kita dan pemain-pemain lawan. Kalau suara anda serak selepas habis game, itu tanda anda sudah mencapai objektif berchant di curva.

5) Disiplin. Ini sangat penting untuk menunjukkan kita bukan sekadar huha-huha di curva. Disiplin dengan ikut arahan Capo (leader chant). Disiplin dengan menghormati komrad-komrad yang lain. Disiplin dengan menghormati penyokong-penyokong pasukan kita yang lain. 

Semua diatas adalah perkara asas yang patut pegang bila kita berada dicurva. Ia mestilah dipatuhi untuk keselesaan bersama, menjaga nama baik, pergerakan tersusun dan yang paling utama objektif kita menyokong Pahang tercapai.

SELAMAT MENYERTAI KAMI!