Saturday, 28 January 2012

PEMBETULAN / PENEGASAN / PENERANGAN !!

Assalamualaikum..



Keratan akhbar sinar harian dalam segmen "sahabat ultras"
28 Januari 2012 (Sabtu)
Harini tanggal 28 Januari 2012,hari sabtu..2 minggu yang lalu ade beberapa wakil akhbar dari Sinar Harian yang menghubungi wakil kami untuk menyelitkan kisah tentang firm ini..walaupun agak keberatan pada mulanya untuk melakukan sesi temuramah ni,kerana tujuan firm EA ditubuhkan bukanlah untuk mencari populariti dan glamour seperti yang didakwa sesetengah pihak kepada UM'07..tapi berfikir secara positif mungkin dapat menarik lebih ramai pengikut jadi beberapa wakil kami menemui pihak akhbar tersebut..namun begitu,seperti yang kami sudah jangkakan risikonya, harini artikel mengenai EA telah keluar di akhbar sinar harian di dalam sisipan "Ultras"..ade ayat yang berbunyi begini :


"Pada masa sama ,Saiful tidak mahu EA digelar sbg kelab penyokong. Katanya, perbezaan antara Ultras dan kelab penyokong bagaikan langit dan bumi. Mana-mana Ultras akan terus menyokong dan setia pada pasukan kesayangan mereka tidak kira menang atau kalah.Sebaliknya kelab penyokong hanya menyokong pasukan ketika menang". 


Baiklah,sebelum berlaku isu antara EA,Ultras dan kelab2 penyokong di seluruh Malaysia kami ingin menerangkan bahawa Pihak kami tidak pernah mengeluarkan statement seperti itu semasa temuramah tersebut. EA mahupun Ultras2 negeri lain tidak pernah memandang rendah terhadap kelab-kelab penyokong  yang ada di Malaysia..bagi kami tujuan ultras dan kelab penyokong adalah sama iaitu untuk memberi sokongan dan bersama-sama menyaksikan kejayaan pasukan masing2 namun cara yang berbeza digunakan...EA dan Ultras2 negeri lain dan UM  mahu menjaga hubungan baik antara penyokong2 kerana hanya penyatuan yang dapat menjadikan kita kuat dan degeruni oleh penyokong2 lain..Jadi kami dari EA sekali lagi menegaskan yang kami tidak mengeluarkan kenyataan seperti  yang tertera di perenggan terakhir sisipan akhbar "ultras" bertajuk "Hitam Putih Tak Akan Padam" bertarikh 28 Jan 2012..apa yang berlaku mungkin adalah salah faham oleh penulis tersebut..

akhir kata teruskan menyokong bolasepak tempatan..sekian..

Saturday, 21 January 2012

Perlis vs Pahang (Perlawanan ke-4)

Perlis vs Pahang
Stadium Utama Negeri, Kangar
20/01/2012




keputusan: Perlis (2) - (2) Pahang

Thursday, 12 January 2012

Perlawanan ke-2 Liga Perdana

HARIMAU MUDA B vs PAHANG
STD. NASIONAL BUKIT JALIL
13/01/2012 (JUMAAT)
8.45 MALAM


updated result: Harimau Muda (0) - Pahang (4)

Wednesday, 11 January 2012

'Pengubat Kelukaan'

Final Piala Emas Raja-Raja
1/1/2012
Melaka (1) - (3) Pahang
Stadium MP Temerloh

"Pengubat kelukaan"... Begitulah kata yang terindah buat peminat setia pasukan bola sepak Pahang. Dengan terbukanya lembaran baru tahun 2012, diharapkan momentum ini turut memberi impak kepada pasukan Pahang di Liga Perdana. Piala Emas Raja-Raja (PERR) yang kali terakhir dikecapi pada tahun 1981 adalah kemarau panjang buat Pahang selama 31 tahun. Dengan semangat berkobar-kobar yang ditunjukkan oleh skuad, begitu juga buat kami di Elephant Army (EA).

1/1/2012, Wah.. tahun baru nampaknya. Kami betul-betul teruja apabila melihat jadual perlawanan akhir diadakan pada tanggal ini dan bakal dilangsungkan di Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh. Walaupun pada awalnya kami beriya-iya inginkan 'en-masse' ke Melaka seperti yang diwar-warkan sebelumnya, namun setelah dibuat ketetapan secara hitam-putih oleh pihak berwajib, Temerloh dipilih. Jadi mengapakan tidak?

Rata-rata ketumbukan EA dari sezione Lembah Klang, Kuantan dan Temerloh berikrar bersatu tenaga mengembeling suara bersama sepanjang 90minit. Walaupun ada diantara kami yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke stadium yang bakal digunakan di musim 2012 Liga Perdana nanti, bak kata orang tua-tua, mukadimahlah yang bakal melakar tradisi gemilang buat kami.

Pertemuan Pahang dan Melaka ini juga amatlah teristimewa bila mana Ultras Taming Sari (UTS) turut sama hadir. Siapa tidak kenal bila menyebut watak penting UTS, malahan lebih besar Ultras Malaya (UM), bukan calang-calang orangnya; Lekir. Diberitakan 'en-masse' mereka ke mari sebanyak 4 buah mobil bergerak. Sungguh kental dan tegar meraka bukan? Itulah etika dan pengertian peminat sejati.

Perlawanan akan berlansung pada pukul 8.45malam. Kami semua akhirnya bersatu di pintu utama stadium. Saat yang ceria bila wajah lama dan baru berjumpa, bertanya khabar dan ada juga yang bertanyakan mengenai flare/suar - "ada bawak ke tidak?". Hahaha. Lucu juga mereka ini. Apabila melihat stadium mini ini, kedudukan topografinya berbukit bukau dikeliling, ditarah rata dan juga hampir ke tebing Sungai Pahang, manakala hanya 1 grandstand utama yang mampu memuatkan kira-kira minimum 5,000 orang penonton. Balapan dan papan skor tersedia, manakala lampu limpah juga turut menepati piawaian HAM, ooppss!! tersilap sudah! FAM sebenarnya =)

Komplot sebelum masuk stadium
Kami memutuskan untuk masuk awal selepas Maghrib dan mengambil tempat sebelum 'beraksi'. Tiket diletakkan pada harga RM7 di grandstand manakala RM5 di tempat duduk bebas (atas balapan diseberang grandstand). Agak janggal bukan? Semacam tidak berpatutan, sesuatu yang perlu dikaji kembali oleh penganjur buat masa akan datang. Percis-percis kapitalis jangan sesekali dicambahkan dan seharusnya justifikasi harga tersebut perlu bersesuaian dengan keselesaan penonton. Perlu diingat, kepadatan tempat duduk penonton boleh mengundang perkara yang tidak diingini. Ini kerana warga emas, kaum ibu dan anak-anak turut ada. Jangan sesekali terhantuk baru hendak terngadah.

Grandstand kepadatan
Penyokong memenuhi segenap ruang
Kami berulang kali juga cuba untuk menyerahkan kawasan kami memandangkan semakin ramai penonton yang masul, yang akhirnya makin ramai yang terpaksa bersesak-sesak berdiri di setiap laluan naik. Sadis bukan, apabila melihat kaum ibu tetap berdiri mendukung anak kecil. Kami diwakilkan seorang sahabat pergi untuk berkompromi dengan wakil polis, jika boleh diminta untuk mengiringi kami ke balapan belakang gol. Namun begitu, kami dinasihatkan untuk tidak berbuat begitu. Manusia tidak tamak haloba sifatnya tetapi dasar kapitalis menjadi pemangkinya.

Perlawanan berjalan amat baik dan cuaca mengizinkan pada awalnya dan hujan mula turun dipertengahan perlawanan namun penonton tetap setia dan tidak berganjak. Teres kami begitu meriah dengan set bass drum dan juga confetti bak salji yang turun 365hari setahun di Kg. New Zealand. Hahaha. Cheers Patin Brigade dengan confetti setambun anda semua.

Sebelum bermula
confetti/snow di Teres EA
Melaka terlebih dahulu mengejutkan Pahang pada minit ke-27 menerusi jaringan Zailan Mohammad. Gol tersebut adalah hasil lorongan yang baik dimana pemain belakang Pahang betul-betul tidak dapat mengejar kembali bola ke mulut gol setelah penjaga gol cuba menutup ruang. Pemain Pahang tetap mengasak selepas itu dan lebih kurang 8minit kemudian Mohd Hafiz Kamal menjaringkan gol yang cantik dari sepakan percuma. Seri 1-1 hingga babak kedua bermula.

Dan seperti biasa, chant 'air! air! burger! burger!' juga kedengaran di tempoh rehat. Air ringan berpirisa jus seperti kelapa dan oren berharga RM1 tetapi burger penyek berharga RM2.50. Fuhhhh! Mahal juga tu. Dalam kedahagaan meneguk air dan kelaparan menyentap makanan, kami didatangi oleh Lekir Ultras Taming Sari a.k.a. Capo besar Ultras Malaya. Waah, bukan main seronok sakan kami. Bertengang tekak chant. Ohhh! Sungguh nikmatnya. Lekir dengan trademark cap merah dan jaket kulit hitam manakala 'Lekiu' Elephant Army selaku pelanduk dua serupa juga dikesan. HAhahaha..

Capo UTS & UM, Lekir bersama komrad EA
Babak kedua bermula dan Pahang betul-betul mengasak seperti gajah naik minyak ingin memahat segera keputusan akhir dengan kemenangan. Dua lagi gol berjaya dihasilkan melalui Mohd Fauzi Rozlan dan Abd Malik Mat Ariff pada minit ke-76 dan 78. Keputusan penuh 3-1 memihak Pahang.

Peminat yang hadir kelihatan puas walaupun ada setengahnya yang hadir berdiri sepanjang 90minit. Seakan mengembalikan sejarah nostalgia klasik teres stadium pada zaman dahulu, Trofi PERR dijulang dan diarak sepanjang balapan oleh pemain dan pegawai Pahang. RM45000 buat Pahang sebagai hadiah kemenangan dan Melaka juga tidak pulang dengan hampa, RM30000 juga satu jumlah yang besar untuk dibawa pulang. Tahniah buat jurulatih Pahang, Kamaruddin Sahwkkathha Ali.

Pagar balapan dibuka dan penyokong dibenarkan membanjiri padang; mengambil gambar kenang-kenangan dan turut serta meraikan kejayaan. Pada masa yang sama kami berkomplot bersama UTS dibulatan tengah padang. Oh, pesta suar (flares) dan seru (chants) kembali bermula. Asyik sungguh dibuatnya. (Rujuk entri sebelum ini) Kami juga mengambil kesempatan menguji permukaan padang. Lulus! Bilamana sahabat kami mampu menjaringkan gol dengan tandukan hasil bola yang beliau dapat saguhati pemberian pemain.

Malam yang sungguh bermakna buat kami  dan apabila musim Super League berganjak ke Liga Perdana. Namun kami puas bila ini juga turut memuaskan hati penyokong negeri lain yang kerap mengatakan bahawa Pahang sentiasa di dalam 'tangan penyelamat'. Apa yang saya inginkan untuk perlawanan pertama Liga Perdana dan seterusnya, kami ke bahagian lengkuk utara stadium di lereng bukit, teres rasmi kami. Nak bakar suar? Kini halal!! FORZA ELEFANTE PER GLI ULTRAS!!! Aye Aye! Cheers!

Alphonso de Alfiequerque AYE!!!


kredit gambar: sumber rawak dari facebook komrad EA.

Sunday, 8 January 2012

Pahang FA vs MBJB FC


Kemaskini terkini (9/1/12): 
Keputusan perlawanan, Pahang 1-0 MBJB FC

Wednesday, 4 January 2012

Pahang Melaka Sama Saja.....

Komplot Elephant Army (EA) & Ultras Taming Sari (UTS) selepas perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja, 01/01/2012 yang lepas. Rasai sendiri kehangatan atmosfera Stadium Temerloh dijajah Ultras Malaya.

Brotherhood Selamanya Ultras Malaya!!!


Ritual pembakaran flare ataupun suar (PyroShow)
Tiada sebarang unsur pemujaan disini, hanya sekumpulan jiwa yang kesurupan.

Video komplot:

Monday, 2 January 2012

Kita Menang... Kitalah Juara!!

01/01/2012

STADIUM MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH

PERLAWANAN AKHIR

MELAKA 1-3 PAHANG

PAHANG JUARA
PIALA EMAS RAJA-RAJA 2011


KITA MENANG... KITALAH JUARA!!!

p/s: nantikan cerita penuh perlawanan ini =)