Tuesday, 3 March 2015

TIFO ekk???

Salam Pahang Power..

Aku nak direct to the point dan ini adalah kenyataan rasmi pasal tifo EA yang dirampas.

Cerita dia macam ni, EA buat tifo gurau manja, gambar tifo bocor tersebar sebelum game, bawak masuk stadium, tifo kena rampas. Kena rampas ekk, tifo EA kena rampas ekk, hahaha padan muka EA buat tifo pastu kena rampas ekk ekkk eekkkk..

Ingin dimaklumkan disini bahawa projek perancangan tifo kali ini telah dirancang dengan rapinya. Kita nak troll seluruh Malaysia biar semua nampak dan buka mata bahawa EA bukan seperti yang dicanang-canangkan digembar gemburkan oleh orang-orang sana tu secara membuta tuli. Alaaa padan muka tifo kena rampas ek ekkk ekkk..

Kami sengaja merangka plan untuk bocorkan gambar tifo tersebut terlebih awal untuk bereksperimen dengan situasi. Ya tifo itu sememangnya direka sebagai medium provokasi untuk pihak lawan dan kami jujur tulis suci murni menyatakan itulah tifo paling provok yang kami reka khas untuk pasukan khas itu sahaja. Dan seperti yang kita semua tahu bahawa sebarang bentuk banner atau tifo berbau provokasi adalah menjadi satu kesalahan dipamer di stadium dan akan dirampas oleh polis serta akan dikenakan tindakan. Ternyata disini dengan tersebarnya gambar tifo itu, pihak polis telah merampas tifo itu sebelum bermulanya perlawanan. Ya salah tetap salah dan pihak polis telah memainkan peranan mereka. Terbukti disini bahawa pihak FAM dan polis tidak berat sebelah. Mereka merampas banner tersebut dari kami di stadium kami sendiri sebagai tuan rumah. Walhal seluruh alam tahu bahawa kami 'anak emas' FAM kenapa layan kami begini, kenapa rampas tifo kami? Padan muka tifo kena rampas ek ekk ekkkk..

Kejadian di Stadium Darul Makmur yang mana tifo gergasi EA yang berbaur provokasi dirampas menjadi bukti bahawa kesalahan adalah kesalahan dan tiada unsur berat sebelah dalam tindakan yang diambil oleh pihak polis dan FAM.. Padan muka tifo kena rampas ekk ekk ekkkk..

Persoalannya disini, mengapa di Stadium Larkin, sebuah tifo gergasi dengan jelas menunjukkan manusia ciptaan Tuhan yang dikacuk dengan anjing sebagai provokasi kepada kami dibenarkan untuk dipamer? Siap camera TV pelbagai sudut boleh fokus lama lagi dan tiada sebarang tindakan diambil. Bagaimana tifo sebesar itu dibawa masuk tanpa sebarang pemeriksaan? Sebuah stadium bertaraf dunia dengan marshall stadium yang segak disekeliling stadium boleh terlepas pandang tifo provokasi itu? Adakah tifo gergasi itu turun dari langit dan terus terbentang di stadium. Adakah ada pihak paling tinggi dewataraya campur tangan dan mengeluarkan arahan untuk membenarkan tifo itu dipamerkan? Atau idea dari pengurusan dan menggunakan penyokong sebagai medium pengantara? Dah subsidi pelbagai benda takkan tolong pegang tifo sekejap takboleh kot ye dak.. Tifo kena rampas ekk ekk ekkk..

Jadi siapakah anak emas yang sebenar ekk eekkk ekk? Atau ada anak subsidi yang lebih jaguh ekk ekk ekk? Renung-renungkan dan selamat beramal.

SIAPA MENANG EK EKK EKKK....

-as-

Friday, 7 November 2014

HARAPAN SEMUA PAHANG KEKAL JUARA

Assalammualaikum para pencinta bola sepak tanah air tercinta sekalian, ada waktu diatas ada waktu dibawah,namun suka atau tidak,inilah bolasepak negara kita. Bagi pasukan kita, Kesinambungan daripada Juara Piala Malaysia tahun lepas dengan sempurnanya "MISI92" diteruskan lagi dengan kejuaraan Treble musim ini
Final PM2013(Misi92)
 Entry pertama untuk tahun ini & mungkin entry terakhir untuk tahun ini. Maka dengan ini,tamat saingan Musim2014, Piala Sumbangsih, Liga Super, Piala Fa & Piala Malaysia. 3 darinya milik kitta. Musim yang cukup cemerlang,dengan pemain & pengurusan yang cukup professional walaupun ada sedikit masalah dalaman. Apa yang mengagumkan, setiap pemain bermain dengan lencana didada.
Bermula dengan Juara Piala Sumbangsih, No.3 di Liga Super, Juara Piala FA & Juara Piala Malaysia. Apa lagi nak dikata, sekalung tahniah kepada semua pemain & pengurusan yang terlibat. Semoga kesinambungan ini dapat diteruskan lagi di musim mendatang. Memandangkan kewujudan kami sudah memasuki usia 4tahun , banyak perubahan daripada segi pertambahan komrad, kualiti, kreativiti dan kepaduan didalam curva.
Hitam Pekat Sendat Padat!
Hasil daripada gabungan setiap subgroup

Seiring dengan pertambahan komrad disetiap jajahan negeri Hitam Putih, tramsformasi dilakukan dengan kewujudan sub-sub group di beberapa daerah . Subgroup ini berperanan sebagai penyalur maklumat untuk setiap pergerakan mengikut daerah & seterusnya di stadium. Alhamdulillah perpaduan disetiap komrad dapat diserapkan walaupun berbeza daerah & loghat, kita semua dibawah panji yang satu. Semoga kita semua kekal bersatu & berpadu tenaga dimasa akan datang. Diharapkan dengan keharmonian ini, tidak wujud sentimen daerah dikalangan kita. 

Maran Ignite-MARAN & JengkaMania-JENGKA (Tiada didalam pic)

Daripada segi kualiti , masih banyak yang perlu dipertingkatkan terutama didalam curva. Clapping masih ada ibarat pondan, movement masih ada yang tak ikut arahan capo & cc. Juga daripada segi kerjasama sebelum & selepas perlawanan amat penting. Ultra is about brotherhood , susah senang harap dapat diharungi bersama. Semoga dimusim akan datang, kita semua dapat baiki diri.


Daripada segi kretiviti, Choreo & Tifo sangat mengujakan pemain & penyokong yang lain. Ini semua hasil daripada kerjasama semua komrad & keharmonian di dalam keluarga besar ini.
Choreo Final PM2014



Setiap pergeraakan dirancang dengan teliti untuk memudahkan segala urusan ,bak kata  lawyer kami, "Failing to plan is planning to failed".
Akhir kata,penutup game diakhiri dengan julangan Piala berprestij & malam yang cukup indah buat diri kita semua sebagai pencinta bolasepak negeri kita. Komitmen kita semua di sepanjang tahun ini banyak melibatkan wang, masa & ahli keluarga yang tercinta. Sesungguhnya mereka yang amat memahami minat & pengorbanan kita terhadap bolasepak ini. Harapan kami semoga dimasa  akan datang kita akan terus bersama walau jatuh bangun pasukan kita. Jangan tanya apa jasa negeri kepada kita, tanya diri sendiri apa jasa kita kepada negeri. Terima kasih atas semua komitmen & sumbangan anda untuk bersama-sama kami berjuang untuk negeri tercinta selama ini...-AH-





Monday, 21 October 2013

Misi 92

Kali terakhir Pahang memenangi Piala Malaysia ialah pada tahun 1992. Cuba kira dah berapa lama? Silap silap ada yang belum lahir lagi masa tu ye dak? Semalam telah membuka lembaran baru dalam dunia bola sepak Pahang. Dengan kemenangan 3-1 menentang Sarawak dan hanya tinggal 90 minit lagi baki perlawanan di Stadium Kuching sebelum menuju pentas final, Misi 92 semakin hampir menjadi realiti.

Apa yang kita perlukan kerja keras dari pemain Pahang dan sokongan serta doa dari penyokong Pahang. Semuanya tidak mustahil dengan izin Tuhan. Sudah tiba masanya semua rakyat Pahang kembali bersatu padu menyokong pasukan Pahang walau apa juga keputusan di Kuching nanti. Pegang kata azimat ini, "Ku lihat, ku sokong, dan ku banggakan".

Kali ini semua rakyat Pahang ialah penyokong. Tidak kisah la siapa anda sekalipun. Baik seorang ultras, seorang hooligan, seorang pemakan kuaci di stadium, seorang surirumah, seorang makwe yang pergi ke stadium sebab nak menemani pakwe je, seorang abang polis yang matanya mengawasi penonton tapi jiwanya di atas padang atau siapa pun anda, kita semua adalah satu. Penyokong pasukan Pahang Darul Makmur.

Kami Elephant Army cuba memberikan sokongan dengan cara kami sendiri. Tapi jika anda, walau tidak berdiri 90 minit, walau tidak melaungkan chant, walau tidak membakar flare dan smoke bomb, selagi anda menyokong Pahang tanpa berbelah bahagi maka anda juga berjiwa ultras seperti kami.

Semoga Misi 92 akan menjadi realiti. Bulatkan hati, padukan sokongan dan selamanya HITAM PUTIH TAKKAN PADAM.






PS: Semoga semua komrad yang akan ke Sarawak nanti selamat pulang dan kembali. Jangan kacau makwe Sarawak pulok, marah dek bini aokme karang.

Friday, 18 January 2013

Tapakan Gajah di 2013...


 (numero #12...keramat nombor kami)...

Selamat Tahun Baru 2013 buat semua jiwa hitam putih sekalian...haha..pemalas betul hendak masukkan entri terbaru tetapi baru sahaja di tanggal 18/1/2013...suam² kuku lewat namanya...alasan cliche buat seorang yang sediada pemalas...

Bagaimana anda gajah² sekalian? masih lagi tegar..kental.. dan padu? dan dengan JIWA BEBAL HITAM DAN PUTIH TAKKAN PADAM anda?...semestinya...

Permulaan yang kencang buat pasukan kesayangan di permulaan 3 perlawanan ini...upset buat pasukan bintang 'johor moden' dengan kebangkitan daripada ketinggalan 2 gol cukup klasik sehingga mampu membuatkan hasbullah awang tidak berkata-kata. Jelas, impak momentum yang mampu menerjahkan supersonik concorde ke belakang malahan mampu menumbangkan rekod dunia 100m usain bolts sekelip mata (khayal bebenar perbandingannya)...

(kami suka band ACAB...lagu dan liriknya menambah semangat..hehe)

 Dan 1-0 menewaskan felda united di tempat lawan; tidak mengapa dengan kemenangan caca-marba. Gol 'shielding' borji si casablanca itu pun tetap gol halal...bersih,suci lagi murni (wah..pahang mengenakan jersi retro belang putih hitam...ada yang mengatakan seakan zebra buventus..juventus sebenarnya,ejaan disalahejakan...atau besiktas..atau pun santos,tetapi pahang pernah gah suatu ketika dahulu dengan berdondon jersi ini..)

Kembali ke DARULMAKMUR keramat, 2-1 pula keputusan bertemu skuad jang hoben. Nampak seakan kepenatan,bilamana kelihatan pemain tidak seakan konsisten di perlawanan pertama (tetapi aku ini siapa..haha..hendak komen taktikal jurulatih,biarkan buat kepada yang pakar..gila² ultras sudah...)



 Sudah lama sebenarnya kita tidak menerajui liga sebegini,mungkin prestasi ini akan konsisten atau sebaliknya di akhir musim nanti. Bagusnya di sini, fenomena kebanjiran penonton ke stadium menambah dan tidak secara langsung ELEPHANT ARMY terkena tempias. Namun harus diingat,tugas menyokong bukan hanya terletak pada pihak kami malahan anda semua juga penyokong PAHANG.

Di curva nampaknya kepaduan dan kejituan antara sesama komrad kelihatan begitu ampuh kini. Tidak sia² slogan BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU itu dicipta,maka benarlah kata; anda terjemahkan kepada aksi. Tabik buat JIWA² KENTAL DAN BEBAL dalam menempelak cemuhan ramai.

(terima kasih bayu alam...anda sunggoh ensem..muaaaachhhhh)

 Manakala di dunia alam maya yang fana pula,kerapkali pertanyaan seperti "harga tiket berapa?", "t-shirt EA ada dijual lagi kah?", "macam mana hendak join EA?" , "post-mortem taktik PAHANG" etc.,maaf kami ajukan...bukan berniat kasar dan angkuh, tetapi kami di page ULTRAS; kami cuma ingin membudayakan gaya sokongan berlainan daripada fan club. Dan kami sentiasa mengalu-alukan sesiapa yang ingin menyertai kami di teres. Tiada caj; kami hanya inginkan JIWA dan respek kepada peneraju capo di depan. Peraturan tetap peraturan dan semaikan disiplin di teres kami. Dengan respek dan sama² belajar...fanatik biar sentiasa fantastik...(haha..dah macam ghetto hip hop hulahup dah bunyi rhythm perkataan...)...

 (BLACK AND WHITE NEVER FADES!!!)

Dan esok..tarikh 19/1/2013...pertemuan klasik musuh tradisi selangor v PAHANG...apakah anda akan turut serta? Kepada pemain PAHANG dan juga pemain yang baru berhijrah di PAHANG, bermainlah dengan sepenuh hati tanpa berbelah bagi. Beraksilah sebagai professional kepada majikan baru. Dan hadiahkanlah prestasi terbaik sepertimana susah dan nilai bayaran tiket yang kami keluarkan ke stadium. Jauhi RASUAH LAKNAT!!!. Sebagaimana keputusan pada keesokan hari,jangan dibiarkan stadium kosong tanpa berpenghuni...kalah dan menang,biar stadium sentiasa berseri dengan kehadiran anda...c'mon PAHANG!KALAH DAN MENANG PANTANG DIAM!HITAM DAN PUTIH TAKKAN PADAM!...

Thursday, 18 October 2012

Cerita Mafla EA

Assalamualaikum w.b.t.



Maafkan kami..

Kenyataan ini dikeluarkan bagi memberi pencerahan status terkini mafla E.A. Sebelum itu saya terangkan di sini saya terpanggil dan amatlah wajar daripada saya selaku yang sudah berusia di kalangan rakan,mewakili individu yg ditugaskan dalam proses pembuatan mafla,memberikan hitam putih hal tentang kelambatan mafla siap. Pada awalnya direncanakan pembuatan mafla dibuat di negara china. Namun begitu setelah selesai proses draf imej dan sample yang dikeluarkan,proses akhir produk yang diterima amatlah mengecewakan. Memandangkan kami menginginkan produk yang diterima pengguna adalah nilaian yang terbaik,kami beralih kepada pembuat di poland.  Masalah komunikasi dan kurang yakin penghantaran wang pula timbul yang mana kami menjanjikan di game ATM bakal siap dan diagihkan. Wakil sukarelawan yang menawarkan diri dalam tugasan mafla juga mengalami masalah kesibukan praktikal dan pembelajaran memandangkan beliau di tahun akhir dan beliau juga berseorangan menguruskan hal mafla ini..


Namun kini, kami telah menggunakan orang tengah UM yang berpengalaman dalam pengurusan mafla UM yang baharu sebagai jalan terakhir. Kami telah menambahkan sedikit wang bagi melengkapkan syarat kuantiti minimum yang dikehendaki. Insyaallah jika tiada aral melintang,2 bulan lagi diperlukan. Harap kali ini tiada lagi masalah yang timbul. Maaf dipinta kerana hal ini terpaksa didiamkan daripada pengetahuan umum memandangkan kami optimis hal yang direncanakan mampu mencapai objektif pada masa yang ditentukan terdahulu. Namun kini,kami rasakan pengguna wajar mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.




Maafkan kami..Maafkan kami..Maafkan kami...



Sunday, 14 October 2012

Halusinasi Mimpi Menjadi Realiti.

We are heading back to Darul Makmur!

Oh, terlalu lewat artikel ini untuk ditulis, namun saya harap momentum sokongan kita semua kepada pasukan kesayangan Pahang, Tok Gajah sentiasa meluap-luap dan bakal diteruskan padan tahun 2013. 2012, saya simpulkan sebagai musim "come back" Pahang. "Come back" dari segala segi...dari relegasi semusim ke liga perdana dan kembali ke liga super. Dan jumlah penyokong yang pada awalnya menjauhkan diri dari stadium kini kembali dengan sorakan padu!

Skuad "Emas" 2012


Naib juara Liga Premier 2012 (DAMN YOU ATM!), terkandas di pusingan ke-2 Piala FA dan suku akhir di Piala Malaysia (F**K YOU LIONS!), bagi saya skuad yang rata-rata di kalangan nama yang bukan bintang, pencapaian ini amatlah membanggakan. Mungkin jika dikira dan dibandingkan dengan zaman kegemilangan atau keemasan Pahang, skuad ini masih belum dapat diletakkan pada tanda aras yang sama..Hakikatnya skuad ini bermula dari ZERO (Kosongg..kosongg..) dilentur dari benih muda dan digarap serta digilap dengan percaturan yang menampakkan seperti kerja gila oleh pengurusan pada awal musim..Namun akhirnya membuahkan promosi ke Liga Super 2013..Bagaikan tidak percaya..Optimistik, kata kunci yang perlu dipegang...

Dari segi sokongan pula, Stadium Mini Temerloh adalah segala-galanya.. Penutupan buat sementara waktu stadium keramat Darul Makmur seakan memberi rahmat dari segi pemberian nafas baru sokongan kepada Pahang. Pada awalnya saya juga tertanya-tanya, apakah Stadium Temerloh ini akan benar-benar memberikan impak atau sekadar peralihan buat sementara sahaja.. Ternyata segalanya meleset sama sekali.. Tanggapan jelik dan persimistik saya ini dibayar kembali dengan kuantiti ketumbukan Elephant Army yang lebih jitu,kental dan gah di teres tradisional Temerloh 90 minit tanpa K.O..



Signifikan Stadium Temerloh adalah ianya betul-betul berada di tengah-tengah negeri Pahang.. Topograpfi di tebing sungai Pahang, dikelilingi bukit dan mudah dijangkaui oleh orang Pahang dari Lipis, Jerantut, Bera, Muadzam Shah, Jengka, Bentong dan banyak lagi daerah-daerah yang mengelilingi negeri Tok Gajah (maaf jika terlupa disebut). Syabas buat semua.."Full House" setiap perlawanan Home merupakan pencapaian yang mungkin setaraf dengan sesetengah negeri yang lain dan mungkin lebih..

Perlawanan di tempat lawan juga tidak kurang hebatnya..Ramai anak Pahang yang berhijrah mencari rezeki di negeri orang turut bersama di stadium dan tidak kurang juga mereka yang menetap di Pahang sanggup menjelajah ke setiap venue perlawanan "away"..Perghhh..TEGAR! Anda bukanlah calang-calang penyokong  Tok Gajah yang sanggup mengharungi bersama pasukan di kala berada di bawah dan di atas..

Penyokong di teres-teres bukit..boleh katakan teres yang rare dan tiada seumpanya di Malaysia..hahaha!

Ketumbukan padu EA di Temerloh..di sini ianya bermula..

Pyro show and "rocket shower"

Akhir kata, diharapkan budaya sokongan ini semakin menyubur di kalangan penyokong Pahang dan khasnya Elephant Army..Semakin kuantiti dan berkualiti..Terima Kasih Pahang 2012..kepada player-player yang akan berhijrah,selamat maju jaya dan terima kasih diatas kebangkitan yang diberi..ada rezeki mungkin anda bertuah bersama Tok Gajah kembali..



LIGA SUPER 2013 KAMI DATANG!!

KALAH DAN MENANG PANTANG DIAM!!
HITAM DAN PUTIH TAKKAN PADAM!!