Saturday, 31 December 2011

Born To Go "Oltre"


Assalamualaikum dan Selamat sejahtera..

Pertama sekali kami ahli2 Gate11 mengalu-alukan kedatangan pengunjung2 blog Elephant Army yang baru diwujudkan ni terutamanya seluruh warga dan penyokong2 kipas susah mati (Die Hard Fans) pasukan Tok Gajah tak kira lah berapa umur,bangsa dan agama anda...Dan juga tak kiralah anda ultras atau pon tidak. Tujuan kita di sini adalah untuk menyatukan semula penyokong2 pasukan Tok Gajah yang pernah digeruni satu masa dulu..Mungkin ada dari golongan anak2 muda yang baru mula mengenali pasukan kebanggaan negeri Pahang ini..Selamat datang dan terima kasih kerana sudi kemari dan membaca..

Elephant Army baru sahaja menjalankan proses "rebranding" ataupun penjenamaan semula. Namun tujuannya bukanlah untuk mengkomersialkan kumpulan ini tetapi bagi merancang misi dan membentuk imej baru yang lebih baik bagi mengukuhkan pergerakan ini. Mungkin ada yang dah kenal dengan group Elephant Army (EA) ni dan mungkin ada yang baru pertama kali dengar tentang EA..Sedikit sejarah, sebelum ini dikenali sebagai Elephant Army Ultras (EAU) dan ditubuhkan sejak  tahun 2010  yang diterajui oleh orang2 kuat yang sebelum ini bernaung di bawah UM.. Pertukaran nama ini adalah bagi membezakan Ultras2 lain yang kebanyakannya menggunakan nama "Ultras" tersebut. Namun konsepnya tetap sama seperti sebelum ini. Perancangan bagi menubuhkan sebuah Ultras untuk pasukan Pahang ini selari dengan fenomena yang telah dicipta oleh Ultras Malaya dan bagi mengembalikan kemeriahan suasana di stadium pasukan Pahang bermain terutamanya di Home iaitu Stadium Darul Makmur(SDM). Gate11 adalah nama pintu masuk yang digunakan oleh EA semasa di SDM. Penampilan pertama EA adalah pada perlawanan pertama Liga Super 2011 menentang Perlis di SDM yang berkesudahan dengan kemenangan bagi pasukan Pahang 3-1. Pergerakan EA juga bukanlah kumpulan yang ditaja oleh mana2 pihak..Sebaliknya, segalanya dilakukan menggunakan hasil titik peluh dan kerjasama sendiri ahli2 Gate11..



Sedikit penerangan mengenai logo baru kami, Bulatan bermaksud penyatuan ahli2 EA di dalam pergerakan dan menyokong pasukan. Dua bintang di kiri dan kanan logo bermaksud pergerakan EA menyokong 2 buah pasukan iaitu pasukan Pahang dan juga pasukan kebangsaan Malaysia..Cuma semasa perlawanan pasukan kebangsaan, ahli EA akan menyertai Ultras-ultras negeri lain dan bernaung di bawah panji-panji Ultras Malaya. Warna hitam dan putih bagi melambangkan warna bendera negeri Pahang. 2010 adalah tahun penubuhan gerakan EA. Penggunaan "skull" ataupun "tengkorak" bermaksud simbol kematian dan kita ingin menggerunkan lawan yang menentang kita di stadium. Tengkorak yang memakai topeng gas dipilih kerana kita seperti membawa "kematian" kepada lawan melalui asap/gas yang sinonim dengan Ultras iaitu penggunaan Smoke bomb/pyro ataupun flare..(untuk menggerunkan sahaja ye,bukan nak bunuh orang..hehehe). Belang hitam dan putih di latar belakang juga bagi menunjukkan warna panji2 pasukan Pahang.

Apakah itu Ultas? Rasanya di setiap blog atau laman web Ultras lain sudah banyak mengulangi definisi tentang apa itu Ultras. Tapi itu mereka,kita,kita lah kan??hehehe..Pada yang xtau, perkataan Ultras berasal dari bahasa Greek iaitu "Oltre" yang bermaksud "Beyond" ataupun "Melebihi". Maksud "Beyond" di sini ialah, seseorang Ultras bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu yang lebih bagi menyokong pasukannya. Contohnya dalam cara sokongan sebagai seorang Ultras di stadium,mereka harus berdiri selagi permainan berlangsung di atas padang. Nak kata 90minit je tak boleh jugak sebab kalau ada masa tambahan??hehehehe..lawak hambar..Seorang Ultras tidak mahu dirinya dikenali dengan menunjukkan dirinya seorang Ultras. Kita hanya mahu dikenali oleh orang2 terdekat sahaja. Tujuan kita menjadi Ultras bukanlah untuk membangga diri dengan orang lain,tetapi matlamat dan perjuangan kita lebih penting untuk pasukan. Pergerakan Ultras adalah sinonim dengan Ultras2 dari italy dan negara2 eropah..Berbeza dengan gerakan di Eropah yang lebih extreme, Ultras di Malaysia masih mengekalkan ciri-ciri ketimuran dan hanya menggunakan Style of Supporting dari eropah. Ultras menekankan konsep BROTHERHOOD iaitu pertalian persaudaraan sesama ahli EA mahupun UM dan konsep ini digunapakai oleh Ultras di seluruh dunia. Susah senang bersama, dan menjaga antara satu sama lain daripada ancaman.



Seseorang Ultras juga perlu ada disiplin2nya semasa di dalam atau di luar stadium. Di dalam stadium antara garis undang2 yang diberi oleh Ultras Malaya (UM) dan Elephant Army ialah :

1-Anda perlu mendengar arahan "Capo" di dalam nyanyian dan pergerakan.

2-Tidak merokok semasa di curva (kecuali semasa rehat). Kami dapat,kami rampas dan padam. Kalau jahat sket mungkin kami akan paw sebatang dua..hehehe..gurau2..Tapi arahan serius ok!

3-Bekerjasama sesama comrade dan ahli dalam melakukan Tifo,menggantung banner,mengibar panji2 dan sebagainya.



4-Kasut adalah WAJIB semasa di curva. Tak kisahlah kasut Adidas ke, Nike ke, Bata ke,Power ke asalkan kasut. Tujuannya adalah bagi keselamatan anda sendiri kerana kita akan melakukan banyak pergerakan2 dan mungkin anda boleh tercedera. Mahal ke murah kasut tu bukan isu. Dan kita juga mahu dilihat sebagai satu kumpulan penyokong yang berdisiplin dan kemas. Baru orang respect BOH!

5- HARAM sama sekali bagi ahli EA membaling objek/mercun/botol dan lain2 yang boleh membahayakan penyokong lain dan para pemain hatta pengadil sekalipun. Penggunaan laser juga HAROOMM sama sekali. Serius,sekiranya ada ahli2 Gate 11 yang berbuat demikian, kami dgn tidak teragak-agak,tanpa rasa bersalah dan belas ikhsan,kejam dan penuh amarah akan menyerahkan anda kepada pihak berkuasa. Kerana perbuatan itu akan memburukkan nama EA dan penyokong2 Pahang yang terkenal dengan slogan "Orang Pahang Steady".



6-Chants ataupun nyanyian lagu-lagu semangat ni memang perkara wajib semasa menyokong. Carilah inisiatif bagi mendapatkan lirik/video chants di internet yang sememangnya besepah2..Sekiranya anda tidak hafal dan ingin menyertai kami,ianya bukanlah satu halangan. Ahli2 EA sentiasa bersedia membantu anda bagi menghafal lirik2 chant yang dinyanyikan di stadium. Chant yang baru juga akan di update dari semasa ke semasa samaada di stadium ataupun di laman facebook/blog/ kami.

7- Bagi pakaian pula,Ultras sememangnya sinonim dengan warna hitam. Dan tidak timbul pula isu untuk menjadi atau mengikuti kumpulan Ultras,anda perlu membeli dan memakai baju yang melambangkan kumpulan tersebut. Sebenarnya,anda bebas untuk memakai apa saja pakaian yang anda mahukan. Tak nak pakai baju pun takpe..(pompuan jangan laa..) Tapi apa yang penting skali,anda juga perlu tahu pakaian2 yang DIHARAMKAN sama sekali untuk anda sarung semasa berada di Curva Gate11 mahupun UM.. Antaranya ialah jersi/T-shirt/jaket/topi yang melambangkan pasukan kelab/negara lain selain daripada pasukan yang anda sokong di stadium tersebut..Kami bukanlah nak menghalang hak anda bagi menyokong pasukan2 itu. Jauh sekali bagi mengusik sentimen patriotik atau tidak seseorang hanya melalui pakaian. Tetapi anda perlu tahu TOP PRIORITY anda sebagai penyokong pasukan yang melambangkan kenegaraan/negeri anda semasa anda menyaksikan perlawanan pasukan anda. Apalah salahnya sekiranya anda menyarung baju pasukan Pahang untuk seketika semasa di stadium untuk menyatakan sokongan anda kepada para pemain kita. Tapi apa-apa pun kami tidak memaksa anda untuk itu semua. Sekali lagi diingatkan, kod pakaian yang disebut hanyalah jika anda ingin menyertai EA di curva. Sekiranya anda tidak mempunyai jersi ataupun t-shirt bagi pasukan Pahang, T-shirt berwarna hitam kosong juga sudah memadai. Bukan pakaian anda yang kami lihat tetapi jiwa anda.

8- Mafla ataupun scarf juga antara item wajib. Sekiranya tak ada mafla,paling kurang pun bendera Pahang. Sebab banyak pergerakan di stadium akan menggunakan item ini. nanti kalau orang lain pegang mafla korang dok tengok2 orang je kang malu pulak..hahaha..bawaklah mafla/bendera apa pun asalkan jangan bendera negeri/negara lain, mafla pasukan lain. Isunya sama dengan pakaian tadi.

9- Orang kata, seorang yang kuat bukan dilihat dari tenaganya tetapi dari segi kemampuannya menahan emosi. Imej Ultras adalah seorang yang kuat. Jadi kita sebagai penyokong yang kuat harus bersedia untuk menerima apa saja keputusan perlawanan sama ada menang ataupun kalah. Gelaran "Pemain ke 12" adalah satu tanggungjawab yang besar bagi menyatakan kesetiaan anda kepada pasukan. Jadi tak kira apa juga keputusan,kita perlu terus berdiri dan memberikan semangat kepada pemain2 kita. Jika kita kecewa, mereka 1000x lebih kecewa kerana mengecewakan anda.



10- Nyalaan flare/ smoke bomb memang seronok. Siapa yang pegang memang akan rasa best. Tapi kami ingin ingatkan jangan sesekali menyalakan barang2 tersebut sekiranya tidak mendapat arahan daripada ketua. Sekiranya "Line panas" dan anda ditahan,ianya akan menyusahkan banyak pihak.

11-Tak kiralah orang baru/lama, anda perlu mengikut aturan tempat untuk anda semasa di stadium. Laluan di hadapan sekali hanya dikhaskan untuk Capo,pembantu capo, pemain drum dan mungkin pemegang panji2. sekiranya anda bukan daripada golongan ini,sila ambil tempat di dalam barisan.

12- Hujan/panas,sekiranya perlawanan masih berlangsung,selagi pemain-pemain masih mengerah tenaga di atas padang,kita akan tetap di curva "berjuang" bersama pemain2..

Itu antara undang2 penting yang perlu anda ikuti sekiranya ingin menyertai kami semasa di stadium. tujuannya bukan mahu menyusahkan,tetapi demi kebaikan semua pihak. Selain itu,tanggungjawab semua ahli2 baru untuk menghormati ahli2 yang lebih lama..Bukanlah untuk meminta anda tunduk hormat dan bersembah2 bagai..Cukup sekadar menghormati..Tentu anda tahu bagaimana untuk menghormati orang bukan?? Apa2 pun, anda juga perlu menghormati penyokong2 lain bagi pasukan kita. Bukan bermaksud anda Ultras,anda sentiasa betul dan lebih baik dari yang lain. Perasaan riak,bongkak,takbur dan menunjuk2 diharap dibuang dari dalam diri anda bagi menyertai kami. Kerana tujuan dan matlamat kita semuanya sama iaitu ingin melihat pasukan Pahang dan Malaysia kembali gah...Cuma cara yang membezakan kita...Apa yang paling penting sekali adalah kesetiaan anda kepada pasukan dan juga pergerakan EA. Kita tak mintak potong jari,darah dan sebagainya. Cukup sekadar setia bersama2 tak kira apa yang berlaku.

Cukup sampai di sini bagi pengenalan. Sekiranya ada salah dan silap sama2  tegur menegur. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai kami,anda amatlah dialu2kan..Bagaimana? hadirkan diri anda ke stadium semasa perlawanan Pahang dan tegurlah ahli2 kami dan kami jamin mereka akan sambut anda dengan baik. Sama-samalah berjuang dengan kami bagi mengembalikan era kegemilangan TOK GAJAH..Anda juga diberi amaran bahawa anda mungkin akan dipandang serong,dibenci,dikutuk,dimaki,dibaling objek oleh sebilangan orang yang tidak suka dengan cara kami..Tapi perlu diingat,bukan semuanya faham dengan pergerakan ini dan bukan semuanya benci..Sekiranya anda sanggup mengikut semua garis2 panduan ini, dan bersedia menghadapi cabaran bersama kami demi Tok Gajah, Congratulations,You Are Born To Go "OLTRE"..


I'm Pahang till I Die
-Brutes

2 comments:

Anonymous said...

Salute EA........

Anonymous said...

IniDarulMakmurLah!hehehe