Friday, 30 December 2011

Road to Temerloh (Titik Tengah Semenanjung)

SEMI FINAL 1 PIALA EMAS RAJA RAJA 2011 : PAHANG VS PERLIS
STDM MINI TEMERLOH
17/12/2011
8.45 MALAM

MISI GEGAR TEMERLOH!!
Begitulah nada dari komrad EA di Kuantan untuk perlawanan separuh akhir Piala Emas Raja Raja 2011. Berpunca dari kejayaan pasukan Pahang melangkah ke separuh akhir menyebabkan semangat komrad EA makin berkobar-kobar untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan. Sebelumnya, Pahang telah mengalahkan PDRM dengan agregat 2-0, dimana kemunculan pertama wakil EA (dari Kuantan) di Temerloh hanya 2 orang. Namun bilangan tersebut bertambah secara mendadak pada separuh akhir.

Perancangan untuk gegar Temerloh telah dirancang sebaik sahaja Pahang berjaya ke separuh akhir. Komplot kecil kecilan dibuat bagi membincangankan konvoi ke Temerloh. Hasil dari kerjasama semua, terdapat lebih kurang 20 org komrad yang bersetuju secara awalnya untuk ke sana namun jumlah akhir hanya seramai 12 orang yang dapat bersama.

Datang dengan tangan kosong? Tidak. Panji-panji dan banner siap sedia untuk dikibarkan. Malam sebelum perlawanan, beberapa komrad EA telah bekerjasama menyiapkan banner khas untuk pasukan Pahang. Lokasinya adalah di perkarangan SDM. Mengambil masa lebih kurang sejam setengah, banner "Hitam Putih Takkan Padam" berjaya disiapkan. Siaplah sudah kelengkapan ke Temerloh.

Sabtu, 4.30 ptg. Seramai 12 org komrad EA berkumpul di hadapan SDM untuk konvoi ke Temerloh menaiki 3 buah kereta. Setiap kereta dilengkapi sehelai bendera Pahang di sisi kanan cermin. Bendera ini akan menyusuri Kuantan, Maran sebelum sampai ke destinasi Temerloh. Kelengkapan ultras, baju, mafla, bendera, panji, snow, drum dan lain-lain siap sedia untuk beraksi. Semangat perjuangan mula berkobar kobar. Here we go!!  Perjalanan bermula merentasi bandar Kuantan..

Konvoi EA behenti di R&R Gambang untuk rehat dan makan. Menambahkan tenaga sebelum berjuang pada malamnya. Sejam juga berada di R&R. Cuaca mendung pada awalnya di Kuantan bertukar hujan renyai di Gambang dan Maran. 3 buah kereta masih gagah menyusuri LPT. Mungkin pengguna LPT yang lain ada yang pelik, kenapa 3 biji kereta ini dilengkapi bndera. Biarkan mereka diselubungi misteri...

Dalam perjalanan, kami diberitahu kedatangan kami akan disambut oleh kumpulan Prosboc Pahang cawangan Temerloh (proton saga BLM owner). Teruja akan disambut..haha.. Dengan pemanduan penuh berhemah dan disiplin atas jalanraya, konvoi EA mula memasuki daerah temerloh jam 7.15ptg. Tiba di tol Temerloh, seperti dikata, kami disambut oleh 4 biji kereta kumpulan Prosboc. Mereka mengiringi dan membawa kami ke Stdm Mini Temerloh. memasuki bandar Temerloh, bagaikan VIP diringi marshall. Semuanya makin bersemngat dan teruja. Semangat untuk menghuru harakan Stdm Temerloh dan teruja diiringi marshall..hehe..

Jam 8.15malam, mula memasuki perkarangan stadium. Banyak kereta parking di kiri kanan jalan. Stadium ini parking adalah terhad. Macam biasa, chant pemanas badan sambil berarak masuk ke stadium. Elephant Army kami datang! Elephant Army!! Sayap EA di Temerloh, Brigade patin menunggu kami di stadium. Chant terus bergema. Orang Temerloh terpinga-pinga.. Polis senyum tak berkata kata. Kami mengambil tempat dihujung kanan stadium. Curva mula terbentuk. 4 banner dipasang. Panji mula berkibaran. Chant mula kedengaran. Sorakan akan berterusan..

Penyokong mula memenuhi stadium menjelang sepak mula perlawanan. Apa yang kami boleh kata adalah orang Temerloh memang sporting memenuhi stadium. Stadium Mini Temerloh yang sememangnya mini itu padat dipenuhi peminat sehingga ke bahu jalanraya. Perlawanan bermula baik dan pelbagai aksi menarik dipersembahkan oleh kedua-dua pasukan. Masing-masing mahu menang dan mereka mencuba sedaya upaya menjaringkan gol. Seperti pemain diatas padang, kami sebagai pemain ke-12 terus menerus melontar vokal untuk memberi semangat. Penyokong-penyokong biasa juga dilihat terikut-ikut chant kami. Ini memang penangan.haha. Suasana distadium yang dari awal meriah dikejutkan dengan jaringan pertama dari pasukan Perlis. Keadaan sedikit melemahkan semangat penyokong tapi kami yakin Pahang terus mahukan kita bersama mereka. Sokongan terus diberikan. Sehingga perlawanan masuk ke masa tambahan, baru Pahang dapat menjaringkan gol penyamaan yang telah kembali menggamatkan stadium. Semua penyokong mula menggila sipi-sipi nak meroyan. Dan kedudukan seri 1-1 kekal sehingga tamat masa.

Tamat 95 minit, gol Malik Arif menyelamatkan Pahang. Stdm Temerloh kekal kubu kuat Pahang. Chant diteruskan. Semangat terus bernyala selagi bernyawa. Dalam pada itu, makin ramai pulak turun ke bwah sambil merakam gambar dan video EA. Kami bukan artis. Ini bukan pertunjukan ok!! Oh kejutan budaya mungkin. Pertama kali orang Temerloh melihat aksi EA/UM. Mungkin terkejut jugak Pahang ada ultras nya tersendiri dengan keadaan prestasi semasa Pahang sekarang. Kalah menang pantang diam. EA teruskan rentak di curva. Makin menjadi-jadi. Terharu apabila pemain Pahang datang dan memberi penghargaan. Hidup Matiku Pahang! Makin menggila chant selepas tu. Kelihatan Tengku Mahkota memberi kata2 peransang kepada kedua-dua pasukan. Kami bersiap-siap mengubah lirik chant untuk Tengku Mahkota andai kata baginda mendekati kami. Walau bagaimanapun mungkin kerana kesuntukan masa, baginda tidak dapat bersama kami. Mungkin juga kerana imej kami yang terlalu garang membuat baginda takut untuk mendekati.

Jam 11.30malam. Kami mula meninggalkan stadium. Memang puas hati beraksi di Temerloh. Penat, letih dan dahaga mula datang serentak. Nasib baik kereta yang dinaiki komrad EA tidak ikut chant sekali. Kalau tidak mungkin mereka juga kepenatan dan kami tak dapat balik ke Kuantan. Kami singgah di restoran (lupa nama restoran) untuk makan dan beramah mesra bersama komrad Bridage Patin Temerloh. Selepas perut sedap-sedap diisi, pada pukul 12.30am, konvoi pulang ke Kuantan bermula. Perjalanan pulang yang pantas berbanding datang mengambil masa sejam sahaja. Inilah akibat ghairah dicurva masih tidak luput. Pukul 1.30pagi kami selamat tiba di Kuantan. Lepas tu tidur, tak larat nak buat benda-benda lain dah.

kredit gambar: Temerloh FA dan individu2 terlibat.

No comments: