Kali terakhir Pahang memenangi Piala Malaysia ialah pada tahun 1992. Cuba kira dah berapa lama? Silap silap ada yang belum lahir lagi masa tu ye dak? Semalam telah membuka lembaran baru dalam dunia bola sepak Pahang. Dengan kemenangan 3-1 menentang Sarawak dan hanya tinggal 90 minit lagi baki perlawanan di Stadium Kuching sebelum menuju pentas final, Misi 92 semakin hampir menjadi realiti.
Apa yang kita perlukan kerja keras dari pemain Pahang dan sokongan serta doa dari penyokong Pahang. Semuanya tidak mustahil dengan izin Tuhan. Sudah tiba masanya semua rakyat Pahang kembali bersatu padu menyokong pasukan Pahang walau apa juga keputusan di Kuching nanti. Pegang kata azimat ini, "Ku lihat, ku sokong, dan ku banggakan".
Kali ini semua rakyat Pahang ialah penyokong. Tidak kisah la siapa anda sekalipun. Baik seorang ultras, seorang hooligan, seorang pemakan kuaci di stadium, seorang surirumah, seorang makwe yang pergi ke stadium sebab nak menemani pakwe je, seorang abang polis yang matanya mengawasi penonton tapi jiwanya di atas padang atau siapa pun anda, kita semua adalah satu. Penyokong pasukan Pahang Darul Makmur.
Kami Elephant Army cuba memberikan sokongan dengan cara kami sendiri. Tapi jika anda, walau tidak berdiri 90 minit, walau tidak melaungkan chant, walau tidak membakar flare dan smoke bomb, selagi anda menyokong Pahang tanpa berbelah bahagi maka anda juga berjiwa ultras seperti kami.
Semoga Misi 92 akan menjadi realiti. Bulatkan hati, padukan sokongan dan selamanya HITAM PUTIH TAKKAN PADAM.
PS: Semoga semua komrad yang akan ke Sarawak nanti selamat pulang dan kembali. Jangan kacau makwe Sarawak pulok, marah dek bini aokme karang.
8 comments:
Good luck dan sama-sama kita doakan semoga kemenangan tu jadi milik kita.
ultras makin padu! koi dah lame menanti saat penyokong Pahang bersatu hati.. mase Pahang blom jatuh ke Liga Perdana koi sokmo g ke darul makmur ngan rodong.. sambutan mase tu amat la mengecewakan.. hingga lah ultras semakin bkembang. U're doing very well ultras!..
koi dah x sabor nok ke final weh.. rodong2 lain goner?? senteady Ultras!
Kwn nk gi srwk jauh amt.kwn anta doa je la yek.
hogoh pahang hogoh..!
insya ALLAH,,lau de rezeki..mesti #misi92 jd kenyataan =D
Tanpa peminat siapalah kami (Pasukan Bolasepak Pahang FA)..
Tanpa ELEPHANT ARMY siapalah kami (Pahang FA & Penyokong Pahang)
You are doing a very good job EA..
Your effort, passionate, loyalty, love are shadowing every Pahang Squad player..
Tahniah kpd EA.. koi sgt bangga ngan wokmer.. TERBAEKK !!!! diharap EA akan terus kekal terbaik diantara semua Ultras..
Mohon numpang promosi disini, mana-mana ghodong atau belia nak masuk Kolej Komuniti Temerloh dalam bidang Rekabentuk Perabot( lepasan SPM) , bolehlah kontek kat no koi ni 0195233829 atau 0122723104...kalau ada bakat dalam bolasepak atau futsal, boleh mewakili Kolej Komuniti Temerloh dalam sukan IPT
Post a Comment