Friday 7 November 2014

HARAPAN SEMUA PAHANG KEKAL JUARA

Assalammualaikum para pencinta bola sepak tanah air tercinta sekalian, ada waktu diatas ada waktu dibawah,namun suka atau tidak,inilah bolasepak negara kita. Bagi pasukan kita, Kesinambungan daripada Juara Piala Malaysia tahun lepas dengan sempurnanya "MISI92" diteruskan lagi dengan kejuaraan Treble musim ini
Final PM2013(Misi92)
 Entry pertama untuk tahun ini & mungkin entry terakhir untuk tahun ini. Maka dengan ini,tamat saingan Musim2014, Piala Sumbangsih, Liga Super, Piala Fa & Piala Malaysia. 3 darinya milik kitta. Musim yang cukup cemerlang,dengan pemain & pengurusan yang cukup professional walaupun ada sedikit masalah dalaman. Apa yang mengagumkan, setiap pemain bermain dengan lencana didada.
Bermula dengan Juara Piala Sumbangsih, No.3 di Liga Super, Juara Piala FA & Juara Piala Malaysia. Apa lagi nak dikata, sekalung tahniah kepada semua pemain & pengurusan yang terlibat. Semoga kesinambungan ini dapat diteruskan lagi di musim mendatang. Memandangkan kewujudan kami sudah memasuki usia 4tahun , banyak perubahan daripada segi pertambahan komrad, kualiti, kreativiti dan kepaduan didalam curva.
Hitam Pekat Sendat Padat!
Hasil daripada gabungan setiap subgroup

Seiring dengan pertambahan komrad disetiap jajahan negeri Hitam Putih, tramsformasi dilakukan dengan kewujudan sub-sub group di beberapa daerah . Subgroup ini berperanan sebagai penyalur maklumat untuk setiap pergerakan mengikut daerah & seterusnya di stadium. Alhamdulillah perpaduan disetiap komrad dapat diserapkan walaupun berbeza daerah & loghat, kita semua dibawah panji yang satu. Semoga kita semua kekal bersatu & berpadu tenaga dimasa akan datang. Diharapkan dengan keharmonian ini, tidak wujud sentimen daerah dikalangan kita. 

Maran Ignite-MARAN & JengkaMania-JENGKA (Tiada didalam pic)

Daripada segi kualiti , masih banyak yang perlu dipertingkatkan terutama didalam curva. Clapping masih ada ibarat pondan, movement masih ada yang tak ikut arahan capo & cc. Juga daripada segi kerjasama sebelum & selepas perlawanan amat penting. Ultra is about brotherhood , susah senang harap dapat diharungi bersama. Semoga dimusim akan datang, kita semua dapat baiki diri.


Daripada segi kretiviti, Choreo & Tifo sangat mengujakan pemain & penyokong yang lain. Ini semua hasil daripada kerjasama semua komrad & keharmonian di dalam keluarga besar ini.
Choreo Final PM2014



Setiap pergeraakan dirancang dengan teliti untuk memudahkan segala urusan ,bak kata  lawyer kami, "Failing to plan is planning to failed".
Akhir kata,penutup game diakhiri dengan julangan Piala berprestij & malam yang cukup indah buat diri kita semua sebagai pencinta bolasepak negeri kita. Komitmen kita semua di sepanjang tahun ini banyak melibatkan wang, masa & ahli keluarga yang tercinta. Sesungguhnya mereka yang amat memahami minat & pengorbanan kita terhadap bolasepak ini. Harapan kami semoga dimasa  akan datang kita akan terus bersama walau jatuh bangun pasukan kita. Jangan tanya apa jasa negeri kepada kita, tanya diri sendiri apa jasa kita kepada negeri. Terima kasih atas semua komitmen & sumbangan anda untuk bersama-sama kami berjuang untuk negeri tercinta selama ini...-AH-





8 comments:

Anonymous said...

Tahniah. Pembuka dan penutup cerita di Hari Jumaat yang mulia.

Tahniah to all team members.

Saya bangga menjadi anak jati Pahang.

Jumpa tahun depan. InsyaAllah.

-anneikma-

Unknown said...

Insyaallah jumpa di musim 2015. Ada plan utk create sub group di luar Pahang. Di lembah klang ramai penyokong Pahang.

Unknown said...

Assalamualaikum sahabat penulis dan sahabat tok gajah. Ada satu chant dlm koleksi EA yg mengimbau nostalgia lalu.. Chant yg berbunyi
Negeri Pahang Darul Makmur
Negeri Dari Pantai Timur
LallaLalLLalala
Negeri Pahang Darul Makmur.

Bukan baru chant ni..sekitar tahun 95 sudah dinyayikan..pada masa tu setiap kali ke SDM chant ini akan dinyayikan. Memang nostalgia. Ketika tu kami belasan tahun yg juga pelatih akademi bola sepak Pahang. Kenangan yg takkan terpadam!! Selamanya Tok Gajah!

Unknown said...

terima kasih admin..teruskan update blog nanti yer...tahniah pahang..

Anonymous said...

To Noor Hamsafi.

Sub group for anak kota luar Pahang telah lama tersedia iaitu

'Anak Kota T.N.T'.

Boleh follow Twitter mereka di 'TheNightmareTroopers@tnt_ea .

Sekian untuk makluman.

-anneikma-

Unknown said...

Jazakallah

Anonymous said...

To Noor Hamsafi.

Thank you. God Bless us. :)

-anneikma-

MUFLA said...

Congrates to Pahang menjuarai Piala Malaysia 2014. Kamu memang osem..